XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Walimatul Urus, Adat Atau Ibadat? Part 1

Pengenalan


Musim cuti persekolahan,cuti perayaan atau cuti umum adalah sinonim dengan undangan walimatul urus.Kadang-kadang, undangan yang diterima boleh mencecah enam hingga ke lapan undangan dalam satu-satu hari.Waalimatul urus adalah istilah di dalam bahasa arab yang bermaksud kenduri yang diadakan sempena perkahwinan seseorang.


Tujuan Walimatul Urus

  • Menghebahkan perkahwinan dan menjauhi fitnah.
  • Meningkatkan ketaqwaan dan keberkatan dalam kehidupan berkeluarga.
  • Mengembirakan pasangan pengantin.
  • Mengeratkan silaturrahim atau persaudaraan.
  • Memberikan sedekah mengikut kemampuan diri dan ahli keluarga.
Hukum Pelaksanaan Dan Menghadiri Walimatul Urus

Hukum mengadakan walimatul urus ialah sunat muakkad berdasarkan sabda Rasulullah SAW kepada sahabat bernama Abdul Rahman Bin Auf pada hari perkahwinannya yang bermaksud : "Semoga Allah memberkati kamu (wahai Abdul Rahman).Buatlah kenduri (walimatul urus) walaupun dengan seekor kambing".(Hadis Riwayat Imam Bukhari).Suruhan menyembelih seekor kambing berdasarkan hadis di atas bukanlah suruhan secara mutlak kerana Rasulullah SAW tidak menyembelih kambing semasa perkahwinannya dengan Sofiyah tetapi hanya menyediakan buah tamar dan minuman susu sahaja.

Menghadidi kenduri perkahwinan hukumnya adalah wajib kepada setiap orang yang dijemput mengikut mazhab Syafie berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila salah seorang daripada kamu dijemput ke majlis walimatul urus, maka hendaklah ia menghadirinya"(Hadis riyawayat Imam Bukhari)
0 Komentar untuk "Walimatul Urus, Adat Atau Ibadat? Part 1"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info