LinkToTheInter.net

Langkawi Mangrove MURAH Sempena Musim Cuti Sekolah

Menghilangkan Perut Buncit

0 comments



1. Makan Dengan Perlahan - Semasa makan, elakkan daripada berdiri dan cuba kunyah dengan perlahan kerana makanan yang tidak dapat dihadam akan menimbulkan banyak gas.

2. Jangan Minum Teh - Daun teh boleh mengakibatkan protein daripada makanan anda mengeras dan sukar dicerna.

3. Kurangkan Pengambilan Garam - Terlalu banyak garam hanya menambahkan lagi sodium dalam badan dan melambatkan pengeluaran air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan buncit.

4. Jangan Tidur Selepas Makan - Makanan yang anda baharu ambil itu pastinya tidak dapat dicerna dengan baik dan boleh menyebabkan jangkitan kepada usus sekiranya anda terus tertidur atau terasa mahu tidur.

5. Jangan Mandi - Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda. Kalau boleh, sebelum makan, mandi dahulu.
Read On

Petua Untuk Kuruskan Badan

0 comments


1. Jangan berlapar. Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle' (otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

3. Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

4. Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

5. Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

6. Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

7. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

8. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
Read On

Petua Untuk Mencantikkan Badan

0 comments



1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan mem
buatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.

2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.

3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.

4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.

5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.

6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.

7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih daripada yang sepatutnya. Anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.

8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan 2 kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.

9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.

10. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.

11. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat perut yang cantik berketul-ketul.
Read On

Sediakan Payung Sebelum Hujan

0 comments

Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud 

"Bertakafur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun"

Sekiranya kita boleh berfikir sejenak sebelum bertindak,maka banyak masalah dalam kehidupan oleh diselesaikan dan banyak permasalahan boleh dielakkan.Maksudnya, kita ada kehendak pada masa yang sama kita cuba menganalisa apakah risiko-risikonya dan tanggungjawab yang perlu dipikul.Selepas mendapati kita bersedia untuk melakukannya maka kita boleb teruskan dan kalau tidak,maka kita boleh tundaknya.Proses ini membolehkan kita bersedia dari segi mental dan fizikal dalam menghadapi apa-apa kemungkinan kerana kita sudah boleh menjangka permasalahan yang bakal melanda.Allah memperingakan kita bahawasanya kita jangan terlalu fokus kepada apa yang kita minat semata-mata kerana kadang kala apa yang tidak kita minati itu lebih memberi kebaikan
kepada kita.

Ini dinyatakan dlan surah al Baqarah ayat 216:yang bermaksud:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui"

Sebagai contoh:
Seorang remaja yang ingin bercinta.
Remaja tersebut harus bersedia dengan risiko-risikonya seperti:
- Cemburu,curang,putus cinta dan banyak lagi berkaitan.
- Selalunya yang menjadi masalah ialah persepsi kita terhadap percintaan itu indah-indah belaka dan secara tidak langsung menanamkan unsur-unsur fantasi dan romantik seperti mana dapat filem-filen cinta.Oleh sebab itu,kita lebih banyak menaruh harapan atau mengharapkan.Sepatutunya,kita lebih memberi penekanan terhadap persediaan mental untuk menghadapi semua kebarangkalian yang bakal dihadapi.
- Perselisihan faham dan masalah dalam memahami pasangan masing-masing
Read On

Mengatasi Masalah Hidup

0 comments

1. Sandarkan Harapan pada Allah s.w.t. - Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Insyirah ayat 1-8 yang antara lain maksudnya “Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan”.

”Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepada Nya aku bertawakal.” (At-Taubah: 129)

2. Minta Pertolongan Dari Allah s.w.t. - “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Al-Baqarah: 45)

3. Jangan Sedih dan Kecewa - “Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran:139)

Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya.

Firman Allah s.w.t.: “ … dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir” (Yusuf : 12)

4. Luahkan Masalah anda pada teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya dia dapat meringankan beban yang anda tanggung.

5. Bandingkan Masalah anda dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita. Perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah. Sesungguhnya, ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari ridho Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216).

Read On

Petua Untuk Mengatasi Masalah Tidur

0 comments



1. Amalkan mandi sebelum masuk tidur, pastikan badan anda sentiasa segar. Badan yang segar mengundang tidur yang lena.

2. Cuba biasakan diri masuk tidur dan bangun pada masa yang sama setiap hari.

3. Pastikan tempat tidur dan bilik selesa. Tidak panas dan tidak bising.

4. Sebelum tidur, cubalah lakukan senaman ringan. Ini bertujuan melancarkan perjalanan darah.

5. Lebih banyakkan relaks/merehatkan diri sebelum tidur - contohnya dengan membaca atau mendengar muzik yang lembut/instrumental.

6. Fikiran kusut sudah tentu mengganggu waktu tidur anda. Jika ada masalah yang tidak dapat diselesaikan, cuba tulis dalam buku catatan (luahkan peristiwa yang membelenggu fikiran) dan beritahu diri sendiri: Masalah akan boleh diselesaikan pada esok hari.

7. Jika memang tidak boleh tidur dan rasa tidak mengantuk, jangan berbaring, sebaliknya cuba lakukan aktiviti seperti membaca, menonton TV atau mendengar muzik.

8. Buka sedikit tingkap agar udara dari dalam dan luar masuk atau berkitar dengan baik.

9. Jika anda tidak dapat tidur semalaman, JANGAN cuba terus tidur waktu siang pada esok hari. Ia boleh mengakibatkan anda sukar tidur pada malam berikutnya. Jika terlalu letih cuba tidur lebih awal.

10. Jangan makan dan minum dengan banyak bila larut malam. Perut yang terlampau kenyang akan menyulitkan tidur anda.

11. Elakkkan daripada mengambil minuman seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat kerana ianya boleh menyukarkan tidur anda.

12. Berwudhuk sebelum tidur.

13. Membaca Al-fatihah, Ayat Qursi, 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nass).

14. Mengucap 2 kalimah syahadat.

15. Membaca doa tidur.

16. Bercakap/berdoa menyatakan impian-impian anda dalam hidup di dunia dan akhirat.

17. Tutup mata dan beristighfar di dalam hati sehingga terlelap.
Read On

Petua Untuk Mengawal Kesihatan Jantung

0 comments

1. Kawal Berat Badan - Berat badan yang berlebihan menandakan kandungan lemak yang banyak di dalam badan. Lemak akan berada di seluruh badan termasuk di jantung. Lemak yang terkumpul di jantung akan menggangu fungsi jantung.

2. Pemakanan
• Untuk mengelak penyakit jantung, kita mesti memberi perhatian atas apa yang kita makan. Kita perlu mengelak dari mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak dan kolestrol seperti mentega, minyak sapi, santan dan sebagainya.
• Kita digalakkan untuk memakan lebih sayur sayuran sepeti,karot, kubis, sayur berdaun hijau dan lbuah-buahan. Kita digalakkan mengamalkannya setiap hari.
• Satu lagi yang perlu anda jauhi adalah alkohol. Ia akan menyulitkan proses penurunan berat badan dan juga merbahakan kesihatan terutamanya kepada hati.

3. Senaman - Bersenam setiap hari kerana ia amat baik untuk kesihatan. Senaman yang teratur amat baik untuk memastikan jantung anda dapat berfungsi dengan baik. Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Juga membantun tekanan darah diturunkan.

4. Merokok - Majoriti rakyat Malaysia yang diserang penyakit jantung adalah di kalangan perokok. Pesakit jantung dinasihatkan agar memberhentikan tabiat merokok ini bagi mengurangkan risiko penyakit ini berulang.

5. Perubahan Gaya Hidup
• Penyakit jantung biasa dikaitkan dengan gaya hidup seseorang sama ada pemakanan, tabiat merokok, aktiviti harian dan sebagainya. Cubalah hidup dalam gaya hidup yang sihat agar anda terhindar dari sebarang penyakit.
• Kesedaran di tahap awal amat penting bagi mengelak sebarang penyakit menjadi lebih serius.
Read On
Related Posts with Thumbnails

Shoutbox

Twitter

Facebook

Follow My Blog