XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

‘Mangsa’ menyusahkan


SHAH ALAM: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, mengingatkan orang awam supaya mengelak daripada membuat cerita palsu mengenai kes penculikan kerana menyusahkan keluarga dan pihaknya.
Adnan berkata demikian ketika mengulas kononnya berlaku penculikan seorang pelajar perempuan kolej swasta berusia 19 tahun yang dilaporkan pada 14 November lalu berhampiran rumah mangsa di Ampang, sebaliknya remaja itu bersembunyi bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Danau Kota, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tidak menunjukkan sebarang insiden penculikan dan pihaknya percaya kejadian berkenaan dirancang mangsa dan seorang lelaki berumur 23 tahun.
“Dompet dan dokumen peribadi mangsa yang ditemui di tepi jalan dalam keadaan terkoyak adalah taktik mangsa sebagai bukti seolah-olah dia diculik.

“Mangsa dilaporkan pertama kali melarikan diri dari rumah dan polis percaya insiden ini berlaku kerana masalah dalaman keluarga,” katanya.

Adnan berkata, polis juga masih menunggu laporan perubatan manakala suspek yang ditahan pada 6 Disember lalu tamat reman semalam dan mungkin akan dilanjutkan.
Kes disiasat mengikut Akta 363 Kanun Keseksaan dan polis masih mengumpul maklumat untuk dihantar kepada pihak pendakwa raya. Sementara itu, mengulas kejadian membabitkan sebuah kedai emas yang dirompak dengan menggerudi dinding di Jalan Pos Baru, Klang, Rabu lalu, Adnan berkata, ia masih dalam siasatan polis.

“Polis percaya perompak melakukannya secara berkumpulan yang bergerak secara profesional.
“Bahagian forensik sedang menjalankan siasatan,” katanya.
0 Komentar untuk "‘Mangsa’ menyusahkan"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info