XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Petua Untuk Menggoda Orang Perempuan




Jadi Diri Sendiri

Lelaki selalu beranggapan bahawa untuk memikat hati wanita terutama wanita cantik, sesuatu harus dilakukan untuk membuatkan dia kagum denganmu. Sebagai contohnya, anda tidak menjadi diri anda, sebaliknya menjadi lelaki yang anda rasa wanita suka. Lantas, anda bertutur dengan tertib sehingga membosankan dan melakukan perkara-perkara yang diharapkan oleh wanita seperti buka pintu kereta, tarik kerusi sebelum dia duduk dan sebagainya. Kalau semua yang anda lakukan ini perkara biasa yang memang anda ingin lakukan, mungkin tidak mengapa. Tetapi jika anda lakukan sekadar untuk membuat dia terpikat, berhenti! Wanita lebih gemarkan lelaki yang tulin atau dalam erti kata lain, lelaki yang jadi diri dia sendiri.


Kawal Keadaan

Mungkin anda rasakan jika wanita diberi ‘kuasa’ untuk mengawal keadaan, mereka akan suka. Logik anda ialah jika anda membuat dia rasa bahawa dia telah berjaya memikat dirimu, dia akan suka. Jangkaan ini tidak tepat kerana wanita suka kepada lelaki yang pandai kawal keadaan dan pastikan dia tahu yang dia pilihanmu dan bukan sebaliknya. Anda telah memilih dia dan dia harus gembira dengan hakikat itu.


Bijak Meredakan Ketegangan

Wanita paling benci berada dalam keadaan tegang. Apabila tidak sependapat atau berdiskusi tentang apa-apa isu hangat, jangan biarkan emosi memandu anda. Biarkan wanita dengan emosi mereka dan mereka inginkan anda meredakan ketegangan yang ada. Isu yang tidak selesai hanya akan menjadikan perasaan serba salah merebak kepada perasaan yang lebih membahayakan. Tunjukkan pada dia yang anda tidak terjebak dalam emosi yang boleh memusnahkan perhubungan. Jika anda matang mengawal ketegangan, wanita akan tertarik kepadamu.


Imej Nakal

Imej budak baik atau anak emak tidak popular di kalangan wanita kecuali di kalangan ibu mereka. Wanita lebih tertarik kepada imej lelaki nakal. Jangan berpakaian umpama nak pergi temuduga apabila berjumpa dia. Biar anda kelihatan sedikit selekeh tetapi seksi, biar renungan anda meremangkan bulu roma dia, biar kerlingan anda membuat dia rasa teruja.


Selamba dan Selesa

Perasaan gementar, kalut, gelabah pada orang lelaki tidak digemari wanita. Mereka lebih menggemari orang lelaki yang selesa bersama dengan mereka, yang boleh berborak, berjenaka, berkongsi cerita, mendengar masalah mereka. Biarkan wanita yang gementar ketika ingin bertemu dirimu, biarkan dia yang gelabah dan berdebar-debar apabila berhadapan denganmu. Apabila anda cool dan selesa apabila bersamanya, anda nampak seksi sekali.


Jangan Gopoh

Apa-apa pun yang ingin anda dilakukan, jangan lakukan dengan gelojoh. Relaks, ambil masa dan sabar. Buat-buat macam anda tidak terdesak langsung dalam hidup. Wanita tidak gemari lelaki yang beriya-iya bagaikan tiada hari esok. Praktikkan kesabaran ini dalam semua aspek hidup anda, ketika makan terutamanya.

3 Komentar untuk "Petua Untuk Menggoda Orang Perempuan"

setuju!

slm perkenalan ye..jumpa kt innit td. ;)

entahlah saya tak pernah tertarik pada lelaki dan itu bukan bermakna saya tertarik pada kaum sejenis saya tak tahu kenapa?ada yang cuba memikat tapi masa atau keadaan yang tak sesuai..biarlah jodoh tu akan sampai seperti mana ajal datang menjemput saya percaya jodoh seseorang tu dah ditetapkan semasa dilahirkan cuma kita tak tahu bila dan siapa itu saja biar masa yang menentukan

mm..tergelak sorang2 bace enntri ni..
sbb sy pompuan..
x sngka ni caraya lelaki nk pikat pompuan..ehehe

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info