Pasti anda tahu kesan buruk merokok. Penyakit jantung, paru-paru, otak malahan hubungan seks anda. Anda mungkin cuba untuk berhenti merokok. Tapi gagal kerana anda tidak serius kerana anda belum nampak kesan-kesan buruk merokok ini dengan jelas. Bagaimana jika anda nampak dengan meta kepala anda sendiri kesanpemusnah imej ini sejelas-jelasnya?
‘Beg’ dibawah mata. Tidak cukup tidur. Nikotin dalam rokok menyebabkan anda sukar untuk tidur.
Psoriasis. Penyakit autoimun kulit. Kulit anda bertukar menjadi sisik.
Gigi kuning. Nikotin menyebabkan gigi kuning. Walaupun menggunakan ubat gigi nikotin tetap melekat di gigi.
Kerut banyak dan cepat tua. Merokok menyebabkan proses penuaan menjadi cepat. Perokok adalah 1.5 tahun lebih tua daripada orang tidak merokok. Kerut naik dimuka kerana rokok mengurangkan bekalan darah ketisu kulit.
Jari kuning. Bukan sahaja gigi, malahan jari dan kuku juga menjadi kuning. Jika anda search di internet, anda mungkin jumpa tips merawat jari kuning seperti jus lemon, peluntur dan berus besi (ouch!)
Rambut gugur. Bahan kimia dalam rokok menyebabkan kerosakan pada DNA rambut. Hasilnya, rambut anda menjadi nipis dan gugur.
Parut. Luka akan lambat sembuh. Ini kerana nikotin menyekat salur darah ke muka dan bahagian badan yang lain. Luka ini meninggalkan parut yang besar.
Gigi rapuh. Merokok menyebabkan kanser mulut serta penyakit gusi. Gusi yang berpenyakit menyebabkan gigi mudah tercabut.
Kulit rosak. Rokok mempunyai karbon monoksida yang mengambil tempat oksigen dalam badan. Kulit akan menjadi kering. Ini bertambah buruk dengan kesan nikotin yang menyebabkan kurang bekalan darah ke kulit. Rokok memusnahkan vitamin C dalam badan, nutrient yang melindungi kulit.
Luka lambat sembuh. Seperti biasa, nikotin adalah penyebab utama luka lambat sembuh.
Kutil. Perokok adalah lebih mudah mendapat jangkitan HPV (human papilomavirus) yang menyebabkan kutil pada bahagian sulit.
Kanser kulit. Merokok penyebab kanser paru-paru, mulut, esophagus, dan juga kulit. Squamos cell carcinoma adalah kanser kulit paling tinggi dikalangan perokok.
Garis merah pada kulit. Nikotin memusnahkan tisu, menyebabkan kulit hilang tegang dan kekuatan yang akan meninggalkan garis-garis merah.
Perut lembik. Perokok akan menyimpan lebihan lemak yang tidak dicerna di bahagian perut, menyebabkan nampak boroi.
Katarak. Kanta mata akan mengalami pengerasan, menjadi satu lapisan tidak lut cahaya. Apabila cahaya tidak masuk kedalam mata, anda tidak boleh melihat, atau erti lain buta.
1 Komentar untuk "Merokok: 15 Kesan Pemusnah Imej"
ramai yang tahu kesan rokok ni samada untuk jangka pendek ataupun panjang pada diri sendiri atau orang lain tapi diorang yang merokok ni tak peduli malah masih merokok juga ada yang bernazar kalau dapat anak nak berhenti tapi sampai sekarang berhenti tak pun..habis duit saja kerajaan buat kempen salah satu ciri lelaki idaman saya adalah tidak merokok..kalau tak ada lelaki bujang yang menepati ciri idaman saya lebih rela jadi andartu