XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Warga emas mengaku salah miliki mercun

"KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api di rumahnya, Ahad lepas.

Mohamad Salleh, 62 tahun, didakwa memiliki mercun jenis 'pop' tujuh kotak, mercun bola lapan bungkus dan mercun 'dragon egg' satu kotak di rumahnya di Lorong Hj Mat Shafie, kira-kira 4.55 pagi, 7 Ogos lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 8(1) Akta Bahan Letupan (Akta 207) yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebaik tertuduh mengaku bersalah, Abdul Hayyi kemudian bertanyakan sama ada tertuduh faham atau tidak pengakuan bersalahnya itu boleh menyebabkan dia dikenakan hukuman seperti yang diperuntukkan, namun tertuduh hanya terdiam dan kelihatan muram. -Bernama"
0 Komentar untuk "Warga emas mengaku salah miliki mercun"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info