XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Remaja cedera mercun buatan sendiri meletup

"KOTA BAHARU: Kebolehan seorang remaja lelaki di Kampung Geting Tumpat mencipta mercun buatan sendiri akhirnya membawa padah apabila mercun itu meletup menyebabkan beberapa bahagian badannya melecur.

Mangsa, Mohd Nazirul Hasif Mailang, 12, yang pernah mewakili negara ke Jepun dalam sukan bola sepak Piala Asia Bawah 12 Tahun bulan lalu, juga hampir kehilangan empat kuku jari tangan kirinya, selepas tergesa-gesa berbuka puasa bersama keluarga, malam tadi.
Ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, Mohd Nazirul Hasif berkata kejadian berlaku ketika beliau cuba membakar mercun ciptaan menggunakan 'starter' lampu kalimantang apabila ia tiba-tiba meletup tanpa sempat melarikan diri. -Bernama"
0 Komentar untuk "Remaja cedera mercun buatan sendiri meletup"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info