XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Melebatkan Bulu Kening

Pilihan 1: 
Bahan-bahan:

a. Beberapa tangkai daun sirih
b. Lendir daun lidah buaya

Cara Pemakaian:
Ambil daun sirih, celupkan tangkainya ke lendir daun lidah buaya. Kemudian sapukan ia pada kening perlahan-lahan. Sapu seperti anda hendak membentuk kening menggunakan pensil kening. Melalui cara ini, anda bukan sahaja dapat melebatkan bulu mata, malah bentuk kening juga dapat diperkemas dan diperindahkan.

Pilihan 2: Ambil isi kelapa tua sebesar dua jari. Kemudian bakar di atas api sederhana hingga ia menjadi hitam. Selepas itu, angkat dan biarkan ia sejuk dan sapukan pada bulu kening. Jika anda rajin mengamalkannya, bulu kening akan menjadi lebat dan hitam menawan.

Pilihan 3: Sapukan lemak ayam pada bulu kening anda. Amalkan 2 kali sehari.


Pilihan 4: Bakar sebiji kelapa dan ambil minyaknya. Kemudian sapukan minyak kelapa itu pada kening anda.

Pilihan 5: Ambil buah keras dan buang kulitnya. Kemudian bakar buah keras tersebut sehingga hitam dan keluar minyaknya. Sapukan minyak buah keras pada bulu kening anda 2 kali sehari. Amalkan selama 1 minggu.
0 Komentar untuk "Melebatkan Bulu Kening"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info