XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Suami Anda Sudah Mula Merajuk

 1. Diam seribu bahasa - Dia diam sahaja tanpa sebarang kata sepanjang bersama dengan anda. Bila anda bercakap dia hanya mengiakan atau menganggukkan kepala sahaja.
Dia sedikit pun tidak melayan anda seperti sebelumnya. Jika ini berlaku, memang sah dia sedang merajuk dengan anda.

2. Buat tidak tahu - Dia buat tidak tahu tentang anda. Jika anda bercakap atau meminta pertolongan dengannya, dia buat-buat macam tak dengar. Ini adalah cara protes yang paling teruk kerana ia bukan sahaja membuatkan anda geram tetapi juga membuat anda seperti tidak wujud di depannya.

3. Menolak untuk keluar atau makan bersama - Orang lelaki yang sedang merajuk biasanya enggan bertentang mata dengan pasangannya. Jadi jika si dia memberi pelbagai alasan untuk berjumpa atau makan bersama, maknanya dia sedang merajuk.

4. Bermuka masam - Biasanya lelaki merajuk buat muka masam. Sudahlah tak mahu bercakap, buat muka masam pula. Ini adalah sikap lazim orang yang sedang merajuk.

5. Baca surat khabar - Tabiat biasa orang lelaki ialah membaca surat khabar. Tetapi jika asyik baca surat khabar yang sama berulang kali tanpa sebab ketika bersama dengan anda, maknanya jiwanya tidak tenteram dan ada sesuatu yang menganggu dirinya.

6. Menonton TV - Dia menonton rancangan TV bukan kegemarannya dengan bersungguh-sungguh ketika anda ada bersama. Sebenarnya matanya ke TV, tetapi hatinya ke tempat lain.

7. Keluar rumah tanpa memberitahu - Ada lelaki kalau keluar rumah tidak mahu memberitahu ke mana dia pergi, kononnya hendak tunjukkan protes.

8. Matikan telefon bimbit - Ini tabiat biasa orang sedang merajuk. Tidak mahu diganggu di saat perasaannya terganggu. Dia mematikan telefonnya dan bila ditanya dikatakannya kehabisan bateri. Alasannya mudah, kerana tidak mahu mendengar suara anda dikhuatiri akan menjadi lebih bengang.

Related Post

  • Kuruskan Badan 1. Jangan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi, roti, meehon, keow teow atau mee. 2. Jangan makan mak…
  • Jimatkan Elektrik Jimatkan ElektrikPETI SEJUK1. Simpan stok barang dalam peti sejuk sehingga 2/3 penuh. Jangan melebihi had muatan yang …
  • Cara Mengguna Tuala Wanita 1. Tuala Wanita - Tuala wanita merupakan tuala kapas yang leper. Ia mempunyai pelekat di bawahnya agar ia boleh dipaka…
  • Wanita Untuk Mencari Jodoh - Malu Tetapi Mahu 1. Pernahkah anda terhalang di dalam menyampaikan hasrat hati kepada seseorang? Halangan tersebut mungkin disebabkan …
  • Debaran Malam Pertama Malam pertama adalah malam yang paling dinantikan oleh setiap pasangan pengantin baru.Satu pengalaman yang selama ini …
0 Komentar untuk "Suami Anda Sudah Mula Merajuk"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By Catatan Info