XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

ASMA'UL HUSNA UNTUK CERDAS


Amalan nama - nama Allah atau Asma'ul Husna untuk mendapat hati yang terang, memori yang mantap, fikiran yang cerdas serta cepat memahami tentang perkara dan segala ilmu yang dipelajari :

Ya Hakiim
Dibaca sebanyak 300 kali selepas solat Subuh dan Maghrib. Lalu berdoa, Insya'Allah akan dikurniakan kecerdasan.

Ya Ba'ith
Dibaca sebanyak 100 kali sehari, hati akan menjadi terang dan bersih. Pengamalnya akan memperolehi ilmu dan hikmah (kebijaksanaan).

Ya Mubdi'u
Dibaca sebanyak 470 kali setiap hari untuk mencapai kejayaan dalam setiap usaha yang dijalankan, fikiran menjadi kreatif, cerdas dan jernih.

Ya Maajid
Dibaca sebanyak 400 kali setiap hari, akan dikurniakan akal yang cerdas, fikiran yang tajam dan hati yang bersih.

Ya Rashiid
Dibaca sebanyak 1,000 kali di antara Maghrib dan Isyak. Pengamalnya akan dianugerahkan kepintaran, ketajaman fikiran dan kepandaian.

Ya Rahman
Dibaca selepas sembahyang Maghrib dan Subuh dengan sebanyak-banyaknya. Pengamalnya akan dihilangkan penyakit lupa, dianugerahkan fikiran yang terang, akal yang kuat dan tidak mudah kelam-kabut.

Ya Muhaimin
Dibaca selepas solat Isyak akan kuat dalam menghafaz sesuatu dan hilang kelupaannya.

Related Post

  • Rahsia Mata Wanita Saiz mata kecil - Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap …
  • Menghafal Ayat-Ayat Al-Quran a) Mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana sesungguhnya dosa-dosa tidak akan memberi ruang untuk a…
  • Rawatan Lemah Syahwat i. 3 biji telur ayam kampungii. 5 ulas bawang merahiii. 5 ulas bawang putihSeterusnya, langkah-langkah membuatnya; 1. …
  • Petua Islam Untuk Awet Muda a. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad  s.a…
  • Petua Untuk Mencantikkan Perut Penampilan seseorang wanita akan kelihatan menawan jika mempunyai perut yang kempis. Perut yang kempis akan menampak…
2 Komentar untuk "ASMA'UL HUSNA UNTUK CERDAS"

sangat berguna. terima kasih atas perkongsian

This comment has been removed by the author. - Hapus

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By Catatan Info