XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Bekas teman lelaki Hanez Suraya bercerai

Shah Alam: Bekas teman lelaki pelakon Hanez Suraya, Romie Razin Adilha Abd Jais dan isterinya Nur Liyana Manan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini, tadi.
Romie, 34, melafazkan talak satu itu dihadapan Hakim Syarie Azmi Aziz selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Nur Liyana, 29, mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Azmi kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan Nur Liyana menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama Shah Alam dan sijil nikah dibatalkan.
Mahkamah juga merekodkan perjanjian yang dipersetujui antara Nur Liyana (plaintif) dan Romie (defendan) iaitu defendan perlu membayar nafkah edah sebanyak RM5,000 selama tiga bulan dan akan dibayar pada akhir tempoh edah.
Selain itu mahkamah merekodkan persetujuan plaintif yang tidak akan menuntut mutaah daripada bekas suaminya.

0 Komentar untuk "Bekas teman lelaki Hanez Suraya bercerai"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info