XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Mengambil Anak Angkat



1. Dari manapun anda mendapat anak angkat, perkara pertama anda harus lakukan ialah pastikan latar belakang bayi atau kanak-kanak tersebut dahulu bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kelak.

2. Pastikan bayi atau kanak-kanak tersebut datang daripada sumber yang sahih dan jelas.Tiada unsur jualbeli dan jenayah di sebaliknya. Jika anda menjumpai bayi dibuang laporkan segera kepada polis dan jangan menyimpan bayi tersebut bagi mengelakkan sebarang masalah.

3. Pasti tahap kesihatan bayi atau kanak-kanak tersebut bagi memastikan anda tidak menerima bayi atau kanak-kanak yang berpenyakit atau mempunyai kecacatan.

4. Pastikan bayi atau kanak-kanak itu mempunyai pendaftaran kelahiran yang sah. Jangan mengambil bayi atau kanak-kanak yang tiada sijil kelahiran kecuali ibunya masih ada. Agak sukar untuk mendaftarkan kelahiran tanpa bukti kukuh seperti adanya ibu kandung .

5. Setelah semua berada dalam keadaan baik, dapatkan satu consent atau persetujuan daripada ibu kandung berkenaan dengan membuat satu surat akuan bersumpah di hadapan Pesuruhanjaya Sumpah. Anda juga boleh dapatkan akuan penyerahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

6. Laporkan juga di Jabatan Kebajikan Masyarakat sebaik sahaja anda menerima bayi dengan tujuan untuk dijadikan anak angkat.
1 Komentar untuk "Mengambil Anak Angkat"

Blog yang amat bagus.

Pesuruhjaya Sumpah Ampang Point was here.

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info