XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Pemakanan Untuk Pesakit Kencing Manis

Penyakit ini merupakan penyakit yang perlu dikawal dengan sebaik-baiknya. Selain daripada ubatan herba seperti plantisol, teh herba, habbatul sauda, Vitex, teh tropika dan lain-lain lagi herba yang boleh disinergikan, penyakit kencing manis ini sangat tergantung kepada 2 faktor iaitu:-

1. Pemakanan
2. Rehat

a. Elakan daripada pengambilan nasi putih, gula putih, roti dan makanan yang menggunakan santan seperti nasi lemak dan lain-lain. Pengambilan herba akan menjadi tidak berkesan jika masih terus dengan pengambilan tersebut apatah lagi jika kita sentiasa mengambil teh tarik yang dimasukan sakarin (pemanis buatan) yang tinggi.

b. Orang yang ada kencing manis memerlukan waktu berehat terutama pada waktu malam dan keadaan ini akan lebih parah jika pesakit juga masih makan pada waktu malam.

c. Sumber tenaga yang baik untuk pesakit kencing manis ialah daripada buah kurma dan madu lebah dan penggunaan santan digantikan dengan VCO ataupun minyak zaitun. Orang yang belum ada penyakit kencing manis juga dinasihatkan agar menyediakan menu menggunakan makanan sihat seperti minyak vco menggantikan santan dalam penyediaan nasi lemak.

d. Kapsul mengkudu juga boleh digunakan dan pesakit kencing manis tidak boleh mengambil sama sekali minuman berkarbonat. Herba perlu terus diamalkan dengan istiqamah di samping pantangnya yang perlu dipatuhi.

Related Post

  • Memujuk Hati WANITA Wanita mempunyai perangai unik di dalam perhubungan iaitu gemar merajuk dan ‘membuat perangai’. Sikap ini bukan sa…
  • Khasiat Tidur Untuk Awet Muda Kulit Semasa tidur, tubuh menghasilkan hormon pertumbuhan manusia (human growth hormone/HGH) dan melatonin. Fungsi …
  • Menghindari Rambut Kering dan Gugur                   Penjagaan: 1. Penjagaan pemakanan perlu diambil kir…
  • Petua Untuk Anak Cepat Bercakap 1. Anda perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika merek…
  • DOA Penyeri Muka 1. Jika anda inginkan muka berseri perlulah membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik-baiknya selepas solat) Maksudnya: (in…
1 Komentar untuk "Pemakanan Untuk Pesakit Kencing Manis"

Satu alternatif yang ada banyak kes kejayaan untuk kencing manis:

http://www.goodlifetimehealth.com/2012/06/triplex-ubat-semulajadi-kencing-manis.html

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By Catatan Info