XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Elak Pergaduhan Rumahtangga



1. Jangan Merajuk - sebaik baiknya apabila bergaduh, jangan suka merajuk. Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah sebaliknya membuatkan masalah anda menjadi lebih buruk apabila si suami tidak peduli dengan rajukan anda.

2. Jangan Menghukum - Menghukum tidak akan menyelesaikan masalah dan tidak langsung menolong proses berdamai malah hanya akan mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Jadi kalau benar masih ada niat berdamai, jangan terlalu menghukum.


3. Jangan Mencari Salah - Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian mendapati wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan. Adalah lebih baik apabila anda mengambil masa dan meneliti kekurangan diri terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada pasangan.


4. Mulakan Pendamaian - Sekiranya anda benar benar mahukan perdamaian , ambil langkah pertama untuk berdamai. Andai kata pasangan anda itu menolak usaha anda kerana dia mmg tidak mahu berdamai itu tidak menjadi isu besar. Sekurang- kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai. Jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.

Related Post

  • Rahsia Mengenali Wanita Berjalan 1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginja…
  • Penjagaan Ketiak 1 . Sewaktu mandi, pastikan air anda membersihkan bahagian bawah lengan atau ketiak  anda dengan membilasnya deng…
  • Mengatasi Sakit Pinggang Penyebab Sakit Pinggang Adanya gangguan mekanikal pada struktur fungsi tulang belakang; Gerak atau sikap badan yang…
  • Penjagaan Wajah Daun Pegaga: 1. Ambil daun pegaga dan basuh sampai bersih. 2. Tumbuk daun pegaga tadi sehingga hancur. 3. Campurkan…
  • Menangani Kegagalan Bercinta Jauhkan Diri dari Tempat Kenangan - Jika anda telah lama menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang, sudah ten…
0 Komentar untuk "Elak Pergaduhan Rumahtangga"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By Catatan Info