XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Mengatasi Tumit Kaki Pecah dan Merekah


  • Rendamkan kaki dalam air suam selama 10 - 15 minit. Selepas itu , gosokkan bahagian tumit yang pecah dengan batu asah pisau. Lakukan sehingga menampakkan perubahan.Sapukan pada tumit yang pecah dengan getah betik muda. Biarkan seketika sehingga getah itu kering kemudian baru dicuci.
  • Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan air limau nipis. Kemudian sapukan pada tumit yang pecah. Amalkan selalu sehingga menampakkan hasilnya.
  • Geselkan tapak kaki pada rumput yang berembun pada waktu awal pagi. Lakukan setiap hari dan anda akan merasa perubahannya.
  • Sapukan tumit pecah dengan bawang merah yang telah dibelah dua sehingga kering. Lakukan setiap hari sehingga sembuh.
  • Boleh juga menyapukan tumit kaki yang pecah dengan campuran gambir dengan air ataupun disapu dengan minyak lebihan mengoreng ikan. Hendaklah di amalkan selalu supaya menanpakkan hasilnya.
0 Komentar untuk "Mengatasi Tumit Kaki Pecah dan Merekah"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info