XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Untuk Kelihatan Menawan dan Langsing


Pakai Seluar Hitam - Salah satu pakaian yang perlu ada di wardrobe anda ialah seluar berwarna hitam. Warna hitam memainkan peranan penting dalam memudarkan penglihatan orang ramai supaya mereka lihat tubuh anda bersaiz yang lebih kecil. Anda  perlu membeli beberapa helai seluar hitam yang berpotongan lurus. Paling penting, dapatkan seluar yang sesuai dengan bentuk fizikal anda. Jangan terlalu ketat atau sendat. Sebaik-baiknya, anda perlu ada paling minima 3 helai seluar hitam sebagai koleksi.

Pakai Seluar Denim – Seluar denim mampu menonjolkan keistimewaan dan menutupi kelemahan fizikal anda. Sama seperti seluar hitam, dapatkan seberapa banyak seluar denim yang sesuai sebagai koleksi anda.

PANDUAN MEMBELI:

a. Punggung yang besar akan kelihatan kecil jika anda memakai seluar denim, potongan khusus untuk kaum lelaki.
b. Jika anda ingin kaki kelihatan panjang, beli seluar denim yang panjang dan gandingkan bersama dengan pemakaian sepatu bertumit tinggi.
c. Anda perlu  beri perhatian khusus kepada bahagian poket belakang. Ini kerana, ia membantu mengubah pandangan orang lain terhadap dimensi punggung anda.
d. Jika anda memiliki peha yang besar, jangan pakai seluar denim yang dilunturkan warnanya di bahagian kaki, terutamanya peha. Ia akan menarik perhatian orang lain untuk melihat bahagian berkenaan.
0 Komentar untuk "Untuk Kelihatan Menawan dan Langsing"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info