Langkawi Mangrove MURAH Sempena Musim Cuti Sekolah



Memujuk Orang Lelaki



Berikan lelaki ruang untuk bersendirian - Bila seorang lelaki merajuk, bererti dia memerlukan ruang untuk bersendiri. Dalam erti kata lain, ingin mencari ketenangan fikiran. Bersendirian membolehkan lelaki mencari punca masalah dan cara mengatasinya. Lelaki akan mencari semua pilihan penyelesaian yang ada untuk mengatasi perkara yang merunsingkan fikiran. Jadi anda kenalah beri ruang untuk lelaki.

Sentiasa memberikan lelaki sokongan - Jika anda lihat dia sedang berdiam diri sambil menghadap televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan saja. Jangan tukar rancangan yang dia sedang tonton ke rancangan yang anda gemari. Biarkan dia dengan dunianya. Biarpun pada pandangan kasar dia seperti menonton tv, hakikatnya dalam diam akal fikiran lelaki sedang berfikir dan mencari jawapan terhadap apa yang merunsingkan fikirannya. Apa yang terbaik ialah anda tunjukkan kasih sayang anda pada masa ini. Biarkan dan hormat apa lelaki sedang lakukan. Semakin anda fahami dan tidak mengganggu lelaki, semakin cepatlah hilang merajuknya.

Jangan banyak bertanya - Di kala lelaki sedang merajuk, jangan cuba menunjukkan anda simpati dan ingin tahu apa masalah lelaki. Jangan bertanyakan soalan-soalan kenapa dan mengapa kepada lelaki. Anda hanya akan mengganggu lelaki dalam tumpuannya untuk mengatasi masalah tersebut. Sekiranya anda degil, lelaki akan lebih menjauhkan diri dan tidak memberi respon.

Buat sesuatu yang dapat menggembirakan hati - Sementara lelaki sedang di dalam tempuh “merajuk”, iaitu fasa ingin bersendirian tanpa gangguan, cuba anda lakukan perkara-perkara yang dapat menggembirakan hati anda. Contohnya, membeli-belah  bersama rakan-rakan atau keluarga, membaca novel kegemaran anda, menonton rancangan televisyen yang anda suka, memasak atau menjahit. Dengan berbuat sebegini, anda memberi kerjasama atau pertolongan secara tidak langsung terhadap lelaki yang anda sayangi itu. Sememangnya lelaki ketika itu ingin bersendirian dan tidak ingin diganggu.

1 comments:

  • tapi bukankah laki tu nak kan perhatia dri prempuan sbb stngah laki nk kan belaian prmpuan :)

Post a Comment

Google+ Followers

Follow My Blog