XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Jambatan Pulau Pinang dan beberapa laluan ditutup ahad ini


GEORGE TOWN: Jambatan Pulau Pinang dan beberapa laluan menghala ke arahnya akan ditutup mulai jam 12 tengah malam hingga 10 pagi pada Ahad ini sempena acara Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang.

Pegawai Penguatkuasa dan Operasi Trafik Kontijen Polis Pulau Pinang ASP Ahmad Ezzely Razali berkata jalan-jalan yang ditutup itu ialah Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Lebuhraya Tunku Kudin dan Lebuhraya Sungai Nibong.
"Keseluruhannya sebanyak 30 laluan dan jalan ditutup serta dilencongkan bagi memastikan Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang diadakan dengan lancar," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya antara jalan yang dilencongkan ialah susur keluar Jalan Pantai Jerejak, Jalan Sultan Ahmad Shah, simpang Jalan Sungai Pinang, simpang Hajjah Rehmah dan Gat Lebuh Cecil.

Beliau berkata orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif antaranya Jalan Jelutong, Jalan Bukit Gambir, Jalan Masjid Negeri, Bulatan Gelugor, Jalan Yap Chor Ee dan Jalan Tun Dr Awang.
0 Komentar untuk "Jambatan Pulau Pinang dan beberapa laluan ditutup ahad ini"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info