XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Tutup Aurat Ikut Zaman?

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini?. Antara jawapannya seperti berikut:-

KESALAHAN PERTAMA :
Kefahaman bahawa aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA :
Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek atau T-Shirt ketat....

KESALAHAN KETIGA :
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya hngga hampir ke lutut.

KESALAHAN KEEMPAT :
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan yang mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA :
Bertudung tetapi amat longgar penjagaan syariatnya dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM :
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasar raya dan sebagainya.
Yang lebih banyak ialah bertudung semasa di luar, tetapi di dalam rumah tidak bertudung walaupun ramai lelaki ajnabi yang datang bertandang, termasuk ipar dan pupu papat.

KESALAHAN KETUJUH :
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN :
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat
sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

KESALAHAN KESEMBILAN :
Bertudung tetapi bergaul dengan lelaki ajnabi seolah-olah dia tidak pernah bertudung
atau sama seperti kelakuan orang yang tidak bertudung.
Akhirnya ia menjatuhkan maruah semua orang,
termasuk yang bertudung yang ikhlas dalam penutupan auratnya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu ialah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali.
1 Komentar untuk "Tutup Aurat Ikut Zaman?"

itulah yang berlaku pada hari ini..lambakan pelbagai jenis tudung dijual dipasaran kalau nak ikut peredaran zaman biarlah mengikut syariat tak kisah kalau ada yang mengatakan saya ni kolot biarlah

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info