XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Spesifikasi Awal iPhone 4S Dan iPhone 5 Mula Kelihatan (Ura-Ura)

Apple bakal mengadakan sebuah acara khas dalam masa beberapa jam lagi, kini beberapa ura-ura akhir kedengaran memperkatakan mengenai spesifikasi peranti yang bakal diperkenalkan oleh Apple, iaitu iPhone 4S yang mana merupakan kemaskini kepada iPhone 4 sekarang ini, serta peranti generasi baru yang dinantikan ramai, iaitu iPhone 5.

Prototaip iPhone 5

Ia diperkatakan, untuk pasaran Amerika Syarikat, iPhone 5 akan ditawarkan secara eksklusif oleh Sprint untuk beberapa ketika sebelum yang lain menjualnya, sebaliknya untuk iPhone 4S ia akan didatangkan dan ditawarkan oleh AT&T dan juga Verizon. Di Malaysia pula, seperti biasa, ketiga-tiga gergasi telekomunikasi menantikan peranti tersebut, dan Maxis sebelum ini turut telah mengumumkan yang mana mereka akan membawa masuk iPhone 5 ke pasaran Malaysia secepat yang mungkin.

Melalui spesifikasi yang diperlihatkan, iPhone 4S bakal membawakan:

Cip pemprosesan Apple A5 rendah tenaga, berbeza dengan cip A5 biasa yang digunakan pada iPad 2.
Kamera hadapan dan belakang yang dikemaskini, dimana menyokong FaceTime HD melalui kamera hadapan. Pada masa yang sama, ia turut dijangka akan membawakan kamera belakang 8-megapixel bersama-sama dengannya.
Cipset Multiband 3G Qualcomm
sokongan NFC
Penutup belakang yang berkemungkinan bercirikan elegan
Selain daripada spesifikasi untuk iPhone 4S, spesifikasi untuk iPhone 5 turut sama diperkatakan, yang mana dijangka akan membawakan;

Cip pemprosesan yang lebih pantas.
Skrin bersaiz 4-inci, dengan resolusi yang lebih tinggi lagi.
Memori yang dipertingkatkan, sehingga 1GB RAM.
Lebih nipis dengan bateri yang lebih besar.
Beberapa aplikasi eksklusif, seperti sokongan Assistant.
Butang Home yang serba baru, berkemungkinan dengan sokongan gesture padanya.
Walaubagaimanapun, kesahihannya masih belum dapat dipastikan, dan sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Apple pada awal pagi ini kelak.






#letstalkiphone #iphone iPhone 4S iPhone 5
0 Komentar untuk "Spesifikasi Awal iPhone 4S Dan iPhone 5 Mula Kelihatan (Ura-Ura)"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info