XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Sekat Bahan Negatif


DIGI Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) mengambil langkah proaktif bagi memastikan generasi muda dilindungi daripada unsur bahaya dan bahan larangan di Internet apabila menjalin kerjasama dengan McAfee untuk menawarkan perisian Keselamatan Internet dan perisian Perlindungan Keluarga McAfee.

Ketua Jalur Lebarnya, Mohd Nazeem Mohd Nasir berkata, DiGi sentiasa memahami keperluan masyarakat lebih-lebih lagi produk Internet yang ditawarkan untuk keperluan keluarga serta rakan, sekali gus membolehkan pengalaman melayari Internet selamat dan terjamin daripada elemen tidak diingini.


Katanya, produk terbabit membolehkan ibu bapa menentukan tahap kawalan bagi mencegah pendedahan kepada kandungan tidak menyenangkan dan lirik lagu lucah di samping memberikan laluan bagi kanak-kanak mengakses kandungan wajar. “Perisian terbaru ini mempunyai ciri mudah dan fleksibel kerana menggunakan konsep pengkomputeran cloud di mana ibu bapa boleh menentukan kandungan sesuai bagi setiap peringkat umur anak mereka tanpa mengganggu profil sedia ada.

“Malah ibu bapa boleh memilih untuk dimaklumkan melalui e-mel jika terdapat sebarang percubaan dibuat untuk mengakses kandungan tidak sesuai,” katanya di majlis pelancaran produk McAfee DiGi di Shah Alam, semalam. Hadir sama, Pengurus Konsumer Mudah Alih dan Perniagaan Kecil McAfee, Ben Wark.


Mohd Nazeem berkata, DiGi kini mempunyai lebih 5.5 juta pengguna aktif Internet mudah alih dan 300,000 daripada mereka menggunakan jalur lebar mudah alih. Ia dijangka bertumbuh dua angka menjelang akhir tahun ini.

0 Komentar untuk "Sekat Bahan Negatif"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info