XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Pelajar Ditahan Untuk Siasatan Kes Kehilangan Basikal Fixie


BESUT: Sebanyak 21 suspek termasuk 17 pelajar sekolah menengah ditahan untuk siasatan kes kehilangan 14 buah basikal jenis Fixie dari sebuah kedai basikal di Alor Lintang dekat sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata tangkapan itu dibuat selepas polis menahan seorang penganggur berumur 23 tahun ekoran laporan dibuat oleh pemilik kedai basikal berkenaan pada keesokan harinya.


Katanya, hasil sisatan terhadap lelaki itu, polis kemudiannya menahan sebanyak 20 suspek termasuk pelajar sekolah yang berumur antara 13 hingga 16 tahun kerana memiliki basikal yang dicuri untuk kegunaan mereka sendiri.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kampung Raja di sini hari ini, beliau bagaimanapun menjelaskan 11 daripada pelajar sekolah itu dibebaskan dengan jaminan polis manakala yang lain masih ditahan untuk siasatan.


Kamaruddin berkata siasatan awal mendapati basikal curi itu dijual kepada pelajar sekolah terbabit dengan harga antara RM150 hingga RM250 sebuah.

Katanya, basikal Fixie kini sangat popular digunakan oleh pelajar untuk kegiatan rekreasi dan harga setiap satu ialah antara RM550 hingga RM660. - Bernama
2 Komentar untuk "Pelajar Ditahan Untuk Siasatan Kes Kehilangan Basikal Fixie"

haha . curi pun boleh dorang ni .

basikal saye pun kene curi jugak
basikal saye cm dalam gambar tuh

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info