XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Giveaway - Menangi Buku Steve Jobs Nukilan Walter Isaacson Di Amanz



Salah satu buku keluaran baru yang menjadi perbualan ramai akhir-akhir ini adalah buku Steve Jobs : A Biography hasil nukilan Walter Isaacson. Buku ini telah pun mula dijual bermula semalam di pasaran tempatan pada harga RM99 untuk versi fizikalnya, dan menariknya, salah seorang pembaca bertuah Amanz boleh mendapatkan buku tersebut secara percuma.


Seperti semua sedia maklum, Steve Jobs telah membawakan pelbagai inovasi, termasuk bukan sahaja pada dunia perkomputeran, tetapi turut sama pada dunia animasi dan juga peranti mudah-alih. Beliau telah pun meninggal dunia pada awal bulan ini, sehari selepas pengumuman iPhone 4S.


Melalui buku ini, ia membawakan kisah hidup Steve Jobs yang mana informasi untuknya telah dikumpulkan selama lebih dua tahun melalui lebih 40 temuramah bersama Steve Jobs sendiri, selain temuramah bersama ratusan ahli keluarga dan rakan terdekat beliau.


Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan buku ini daripada toko buku seluruh negara pada harga RM99, selain turut boleh didapati dalam bentuk digital melalui iBookStore.


Terma & Syarat



  • Like post ini untuk mendapat satu mata entri
  • Berikan apa sahaja komen pada blogpost ini, terutamanya dalam menjawab soalan. Tiada jawapan yang betul atau salah kerana ia adalah pendapat masing-masing.
  • Like Facebook Terato Tech. Kalau dah like biarkan sahaja.
  • Tweet mengenai cabutan bertuah ini untuk mendapat mata entri keempat dan apabila ada orang lain yang klik pada tweet anda, anda akan mendapat mata referral. Anda juga akan menerima link yang anda boleh gunakan untuk diberikan kepada orang lain untuk mendapat mata referral.
  • Anda juga akan mendapat mata tambahan sekiranya mencadangkan/menjemput rakan-rakan di Facebook.
  • Cabutan akan tamat pada 1159malam, Khamis, 27 Oktober 2011.
  • Keputusan adalah muktamad.






#AmanzRewards Giveaway

0 Komentar untuk "Giveaway - Menangi Buku Steve Jobs Nukilan Walter Isaacson Di Amanz"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info