XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Lisa Surihani - Istanbul, Aku Datang





Pelakon Lisa Surihani dinamakan sebagai pelakon utama yang bakal membintangi filem terbaru terbitan Red Films yang bertajuk Istanbul, Aku Datang. Nama Lisa Surihani pada mulanya tidak disenaraikan, namun tuah menyebelahi beliau apabila pelakon ternama, Fazura menarik diri dari membintangi filem tersebut.


Selain Lisa, turut membintangi filem tersebut yang dikatakan akan menjalani keseluruhan penggambarannya di Turki ialah pelakon hebat Beto Kusyairy dan penyanyi terkenal, Tomok.


Sebelum ini Red Films pernah menerbitkan filem-filem terbaik antaranya Pisau Cukur, Gol & Gincu dan Kami The Movie. Sebuah lagi filem terbitan syarikat ini yang sedang menanti tayangan ialah filem Songlap yang dijadual akan ditayangkan pada 15 Disember depan.

Filem Istanbul, Aku Datang bakal ditayangkan pada tahun 2012. MD

0 Komentar untuk "Lisa Surihani - Istanbul, Aku Datang"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info