Langkawi Mangrove MURAH Sempena Musim Cuti Sekolah



Khasiat Daun Inai



Daun Inai mempunyai kandungan bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang ada dalam asid itu bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku serta rambut.

Kelebihan Inai - Pokok Inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutama pada daunnya. Selama berkurun lamanya inai digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utamanya ialah sebagai ejen penyejuk.


  • Seperti amalan kaum India yang menggunakan daun inai yang disapu pada kulit untuk menyembuhkan sakit kulit, bisul dan melepuh, ia juga turut digunakan untuk menyembuhkan sakit kepada dan rasa panas pada kaki.  Inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis pada sekeliling kuku. Caranya adalah dengan membersihkan daun terlebih dulu, ditumbuk sehingga lumat. Kemudian gunakan ramuan itu untuk disapu pada tempat yang sakit.

  • Daun Inai juga boleh digunakan untuk melegakan sakit perut. Hanya minum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang halus. Perut yang sakit akan pulih.


  • Serbuk daun Inai pula boleh digunakan untuk menyembuhkan luka ketika berkhatan, bisul, penyakit kulit dan sengal tulang. Malah, sesiapa yang mula gusar apabila rambut mula menipis, mungkin boleh anda cuba petua turun temurun ini. Rebus minyak biji sawi bersama daun inai dan disapukan pada kepala.


  • Bagi kaum India, air daun Inai digunakan sebagai astrigen yang boleh mengecutkan tisu organik sekali gus membantu mengawal pendarahan berlebihan. Malah, mereka juga percaya, amalan berkumur dengan daun inai boleh membantu menyembuhkan sakit tekak.


  • Wanita yang mengalami masalah haid berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai.


  • Masyarakat Melayu sendiri mengamalkan meminum jus daripada daun inai segar untuk merawat masalah lelaki seperti ejakulasi yang tidak terkawal.


  • Kulit batang Inai  boleh merawat penyakit hati seperti demam kuning dan bengkak hati serta cirit-birit.


  • Bunga  Ini boleh merawat masalah sakit kepala disebabkan cuaca panas. Caranya dengan meletakkan bunga inai yang dicampur cuka sekeliling kepala.


  • Akar Inai  digunakan untuk merawat bisul.


  • Daun   Inai - Air rendaman daun ini mampu merawat keputihan dan masalah haid berlebihan. Juga digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Selain itu, digunakan untuk menutup uban dan sebagai pewarna tekstil.

0 comments:

Post a Comment

Google+ Followers

Follow My Blog