XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Bayi otak luar tempurung sihat


JOHOR BAHRU: Keadaan bayi Merdeka, Eryshah Elman yang dilahirkan cacat dengan otak berada di luar tempurung kepala, dilaporkan dalam keadaan sihat selepas menjalani pembedahan membuang bahagian otak yang berada di luar kepala di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, akhir bulan lalu.
Bapanya, Erywan Yaacob, 32, berkata bayinya itu sudah dibawa pulang ke rumah selepas mendapat kebenaran doktor pakar HSA yang merawatnya berikutan keadaan kesihatan yang memberangsangkan.

“Saya sedang berusaha mendapatkan pakar bagi membetulkan bahagian mulut dan hidung Eryshah terutama bagi memastikan dia dapat bernafas mengikut saluran hidung dan bukannya menggunakan mulut seperti sekarang.

“Namun, mengikut pandangan doktor yang merawat Eryshah, pembedahan itu hanya boleh dilakukan apabila usianya mencecah enam bulan hingga setahun,” katanya.

Erywan berkata, walaupun kadangkala perit melihat anak tunggalnya itu bernafas menggunakan mulut dan terpaksa makan serta minum menggunakan tiup saluran khas, dia tetap reda dan bersyukur atas kekuasaan Ilahi yang memanjangkan usia bayi itu.

“Bagi saya, apa juga keadaan Eryshah, saya sebagai bapa tetap menerimanya dan berusaha memberikan rawatan dan penjagaan terbaik bagi memastikan Eryshah membesar seperti insan lain.


“Kini, apa yang penting adalah tahap kesihatannya dan saya sekali pun tidak akan berputus asa dalam menempuh apa juga dugaan dan rintangan ketika membesarkannya,” katanya.

Mereka yang ingin menyalurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank atas nama Erywan Yaacob di 1011 2402 8497 atau hubungi talian 017 7746696.
0 Komentar untuk "Bayi otak luar tempurung sihat"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info