XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

TIPS BERHENTI MEROKOK

1. MELENGAHKAN MASA

Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus,tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Katakan pada diri anda
"nanti"
setiap kali anda ingin merokok.

2. MENARIK NAFAS PANJANG
Tariklah nafas panjang tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. MINUM AIR
Minum air banyak-banyak, sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. MEMBUAT SESUATU
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok.

5. MENGUNYAH SESUATU
Mengunyah sesuatu seperti gum, lolipop, lobak merah, buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula.

6. MANDI ATAU BASUH TANGAN
mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. MELAKUKAN SENAMAN REGANGAN

8. MEMOHON DOA
Mohonlah doa agar Tuhan kuatkan azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

1 Komentar untuk "TIPS BERHENTI MEROKOK"

Erm, blh jalan ke tips nih? Biasanya kalau rokok dah ada kt jari, memang nyalakan terus dah.. xpikir panjang dah pom..he3

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info