XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Petua Untuk Menggembirakan Hati Sengsara


1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tetapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingati kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin. Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, ilmu dan rakan-rakan.

Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada 2 kesan dari sikap risau. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap. Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Anda ada kawan rapat yang memahami anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutralkan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda. Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda
1 Komentar untuk "Petua Untuk Menggembirakan Hati Sengsara"

ya betul tu..semua tu macam kena pada diri saya sendiri

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info