XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Nasi Lemak 2.0 kutip RM2 juta seminggu tayangan



Permintaan belia di Ipoh, agar menarik balik tayangan filem Nasi Lemak 2.0 atas alasan kontroversi yang pernah ditimbulkan oleh Namewee menyebabkan pengarah, penulis skrip dan pelakon filem itu berasa kecewa.

Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee berkata dia kesal kerana masih ada pihak yang masih mahu mengungkit kisah lamanya walaupun telah berulang kali memohon maaf.

“Saya buat filem ini bukan untuk mengutuk sesiapa, tapi mahu menyatupadukan kaum yang ada di negara ini.

“Saya rasa sebelum mereka membuat bantahan dan meminta filem saya di tarik balik, baik mereka tonton dahulu filem ini di pawagam dan cuba memahami mesej yang ingin disampaikan,” tegasnya mengenai filem pertama arahannya.

Namewee berkata, meskipun dia pernah membuat salah, pihak kerajaan sendiri telah memaafkan kesalahannya dan menyokong karya terbaru darinya.

“Saya rasa mereka tidak patut ungkit kisah lama dan saya sedar kesilapan yang saya buat.
Saya harap mereka memberi peluang kepada saya untuk berkarya selepas ini,” pintanya.

Sementara itu penerbit Prodigee yang menerbitkan Nasi Lemak 2.0, Fred Cong berkata, dia berpuas hati dengan sambutan filem berkenaan yang sudah mencapai kutipan RM2 juta dalam tempoh seminggu tayangannya.

“Sebagai orang baru dalam industri, saya berpuas hati dengan kutipan yang diperoleh setakat ini dan saya berharap kutipan akan bertambah sebelum tempoh Wajib Tayang berakhir,” katanya.

Fred berkata dia meminta supaya masyarakat Malaysia memberi peluang kepada Namewee untuk berkarya dan tidak terus mengungkit kesilapan lamanya.

“Bagi saya Namewee adalah seorang pemuda yang berbakat, jadi kita bagi peluang kepadanya untuk mempamerkan bakat yang ada,” katanya.
8 Komentar untuk "Nasi Lemak 2.0 kutip RM2 juta seminggu tayangan"
This comment has been removed by a blog administrator. - Hapus
This comment has been removed by a blog administrator. - Hapus

Shame on malays and muslim who's support nameewew and his film after he has done...

Learn to forgive. What have been done cannot be undone right. Whether we like it or not, we are still like nasi lemak in Malaysia with so many ethnic. Its hard because there are so many barrier between ethnic. You got only two choice, living in hatred or peaceful. Don't make 1 Malaysia is just an ideology. Forgiveness is the key.... learn it.

namawee BABI.... 7 juta??? betul ke?

Great blog herе! Also your website lоads up verу fast!
What web host аre you using? Can Ι get your affiliate link
to yоur hоst? I wish my site lоаԁed
up as fast as yours lol

Here is my weblog ... ipad repair mahkota parade

I couldn't refrain from commenting. Very well written!

My webpage :: ipad repair subang jaya

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info