XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Petua Untuk Mendapatkan Bibir Seksi


Langkah 1: Rahsia bibir cantik dan seksi ialah kekalkan kesihatan dan kelembutannya walaupun anda bukan wanita yang gemar bersolek. Lembabkan bahagian berkenaan dan lindungi ia dengan salap bibir (lip balm) sekerap mungkin, khususnya sebelum tidur. Amalan menggosok bibir menggunakan berus gigi sebelum tidur (gosok dengan lembut) dikatakan mampu menanggalkan sel mati.

Langkah 2 : Untuk memastikan solekan bibir lebih cantik dan gincu bertahan lebih lama, ratakan sedikit penyamar noda (concealer) atau bedak asas (foundation) supaya mudah membentuk bibir dikehendaki menggunakan penggaris bibir, selain menutup cela yang wujud di kawasan sekitar.

Langkah 3 : Penggunaan penggaris bibir mungkin dianggap remeh, tetapi perlu bagi individu memiliki banyak rona untuk disamakan dengan rona gincu. Sekiranya dibandingkan dengan gincu, penggaris mampu bertahan lebih lama. Malah untuk memastikan solekan bahagian berkenaan lebih lama, ratakan keseluruhan bibir dengan penggaris sebelum dibalas gincu.

Langkah 4 : Pilih gincu sesuai dengan wajah dan kulit anda. Sekiranya rona merah jambu menampakkan gigi lebih kuning, tukar warnanya kepada rona yang lebih redup. Mencampurkan beberapa rona gincu juga mungkin idea baik daripada membuang rona yang tidak sesuai itu.

Langkah 5 : Bagi mendapatkan sapuan lebih tahan lama, gunakan berus. Mendapatkan ilusi bibir mungil pula, sapukan sedikit pengilat bibir pada bahagian tengah bibir, atas dan bawah.
Langkah 6: Selalu sapukan madu pada bibir sebelum tidur kerana madu bukan saja menjadikan bibir menjadi merah tapi menyegarkan bibir untuk menjadi cantik dan seksi.
1 Komentar untuk "Petua Untuk Mendapatkan Bibir Seksi"

info yang berguna terima kasih kerana berkongsi..bibir saya selalu kering dan mengelupas jadi saya lembabkan dengan minyak zaitun

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info