XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

China Buka Sekolah ‘Spy’ Awal Tahun Ini



China telah membuka beberapa buah sekolah ‘spy’ bermula awal tahun ini untuk menambahkan jumlah latihan dan kadar rekrut bagi agen-agen mereka.

Minggu lalu, China telah membuka National Intelligence College yang kelapan di kampus Hunan University di Changsha. Sejak Januari, sekolah-sekolah sama telah dibuka di universiti-universiti di Beijing, Shanghai, Xian, Qingdao dan Harbin.

Langkah tersebut diambil kerana kebimbangan atas jumlah agen agen China, dan apabila MI5 (Security Service di United Kingdom) menyatakan bahawa kerajaan China adalah antara negara yang mempunyai agen-agen perisik yang boleh membahayakan UK.

Pada bulan Febuari, China dikatakan telah berjaya masuk ke dalam Pejabat Komunikasi Dalaman bagi Kementerian Luar UK.

Bagaimanapun, agen risikan China dikatakan adalah antara mereka yang dikelolakan oleh ahli akademik dan pelajar-pelajar yang dihantar ke negara-negara tersebut untuk jangka masa yang pendek.

Sekolah-sekolah baru ini ditubuhkan atas tujuan untuk mengubah dan memajukan khidmat risikan China, menghasilkan agen-agen perisik yang dilatih dengan kaedah moden. Setiap sekolah akan melahirkan 30 hingga 50 orang agen setiap tahun.

Langkah ini menjadi perhatian besar kepada beberapa agensi-agensi lain dunia termasuklah MI5 di mana mereka juga memerlukan latihan moden bagi kebolehan analitik dan penggunaan peralatan moden.

Amerika Syarikat juga telah mengambil langkah yang sama, program mereka dinamakan National Security Education Program, ianya telah ditubuhkan sejurus selepas Perang Teluk dan ianya ditubuhkan untuk menaikkan lagi kebolehan berbahasa dan mengajar budaya negara lain kepada agen-agen perisik AS.

Program di China ini dimulakan pada tahun 2008 di mana ianya dimulakan di Intelligence College di Nanjing university. Sekolah kedua dibuka di daerah selatan Guangdong pada tahun lalu.

0 Komentar untuk "China Buka Sekolah ‘Spy’ Awal Tahun Ini"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info