GEORGETOWN - Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Pulau Pinang menganggarkan sebanyak 350,000 orang akan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di negeri ini pada tahun depan.
Pegawai Kemajuan Negeri ICU, Syed Shaari Syed Abdullah berkata penambahan jumlah penerima itu adalah berdasarkan kepada kos sara hidup yang semakin meningkat dan beliau yakin lebih banyak yang akan memohon BR1M.
Beliau berkata pada tahun ini sebanyak 333,915 orang layak menerima bantuan itu yang melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM174 juta.
"Saya menasihatkan orang ramai yang layak untuk segera membuat permohonan. Kepada penerima-penerima BR1M sebelum ini, anda perlu mengemukakan permohonan baharu dan mengemaskini maklumat supaya mudah untuk menerima bantuan.
"Proses pendaftaran, permohonan dan mengemaskini maklumat bermula 1 Disember sehingga 31 Disember ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
ICU merupakan sebuah agensi pusat yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Syed Shaari berkata bagi memudahkan rakyat di negeri ini mendapatkan borang BR1M, pihaknya membuka 25 kaunter di jabatan dan agensi kerajaan antaranya Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Jabatan Pembangunan Wanita dan kolej-kolej komuniti.
Selain itu, Syed Shaari berkata agihan dan pungutan borang BR1M juga boleh didapati di pusat khidmat Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri serta kesemua kaunter itu mula dibuka esok.
Beliau turut menggalakkan penerima BR1M yang belum mempunyai akaun bank untuk segera berbuat demikian bagi memudahkan urusan pengagihan BR1M.
Pembayaran BR1M 2015 akan dibayar tiga kali setahun kepada penerima di bawah kategori isi rumah manakala bagi penerima di bawah kategori individu dengan pendapatan RM2,000 ke bawah, bantuan sekali bayaran sebanyak RM350 akan diberi mulai 28 Januari 2015.
Bagi kategori isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, nilai BR1M adalah sebanyak RM950 dan bayaran pertama sebanyak RM300 akan dibuat pada 28 Januari, RM300 (28 Mei) dan RM350 (28 September).
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 nilai BR1M adalah sebanyak RM750 dengan bayaran pertama sebanyak RM200 pada 28 Januari, RM200 (28 Mei) dan RM350 (28 September). - Bernama
https://ebr1m.hasil.gov.my/ Untuk membuat kemaskini

0 Komentar untuk "350,000 dijangka terima BR1M 2015 di Pulau Pinang"