XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Petua Untuk Tidur Lena


1. Amalkan untuk keluar menikmati cahaya matahari di awal pagi. Ini dapat membantu menyelaraskan kembali sistem badan anda dan seterusnya membolehkan anda tidur lena pada waktu malam.
2. Elakkan juga daripada mendapat cahaya yang terang terutamanya pada waktu malam. Ini kerana cahaya terang boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin.
3. Cubalah dapatkan suasana yang baik dan kondusif untuk tidur. Tidak semestinya mewah, tetapi cukup andai ianya membuatkan anda berasa selesa. Pastikan bilik tidur anda berada pada keadaan nyaman dan sejuk. Elakkan juga daripada dimasuki terlalu banyak cahaya.
4. Cuba elakkan daripada berpeluh sebelum tidur. Jika cuaca agak panas, jangan bersenam selepas pukul enam petang kerana ini boleh menaikkan lagi suhu badan anda.
5. Cahaya biru daripada skrin komputer atau telefon bimbit boleh menurunkan paras melatonin dan menyebabkan anda semakin sukar untuk tidur. Justeru, elakkan daripada melayari komputer terlalu kerap khususnya beberapa minit sebelum tidur.
6. Kurangkan pengambilan kafein seperti minuman ringan, kopi, coklat, teh dan sebagainya. Kalau boleh, elakkan sama sekali selepas waktu tengahari.

Related Post

  • Menghindari Rambut Kering dan Gugur                   Penjagaan: 1. Penjagaan pemakanan perlu diambil kir…
  • Khasiat Buah Mengkudu Buah mengkudu memang baik untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Ia baik untuk kesuburan sperma, merawat kenci…
  • DOA Penyeri Muka 1. Jika anda inginkan muka berseri perlulah membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik-baiknya selepas solat) Maksudnya: (in…
  • Cara Pemanduan Kereta Ketika Kecemasan BREK GAGAL BERFUNGSI  Seseorang pemandu menekan injak brek, tetapi injak brek terus menyentuh lantai. Pamkan…
  • Khasiat Tidur Untuk Awet Muda Kulit Semasa tidur, tubuh menghasilkan hormon pertumbuhan manusia (human growth hormone/HGH) dan melatonin. Fungsi …
0 Komentar untuk "Petua Untuk Tidur Lena"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By Catatan Info