XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Psikologi dan Rahsia Punggung



Punggung dan peha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara anda bergerak memajukan diri anda dalam kehidupan.Terdapat 5 bentuk punggung dan peha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda punya?

1. Punggung Bulat - Orang yang mempunyai punggung bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik, periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosial dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungi segala cabaran hidup samaada cabaran yang baik atau yang buruk.

2. Punggung Seimbang - Paha dan punggungnya seimbang. Tidak terlalu besar. Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat. Tidak terlalu rata. Prang begini dikatakan seorang yang tenang dan pemurah. Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang.Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.

3. Punggung Tinggi - Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negatif orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan, bukan fikiran, menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.

4. Punggung Besar – Orang yang punggungnya besar dan paha besar adalah seorang yang romantik. Subur. Sihat. Penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita.. Ceria, pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis “tiada masalah”. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.

5. Punggung Rata - Punggungnya rata atau hampir sama rata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak dan terlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.
0 Komentar untuk "Psikologi dan Rahsia Punggung"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info