XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Petua Untuk Menyayangi Seseorang

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia, kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Oleh itu, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna. Tetapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda. Kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia, kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya

Related Post

  • Petua Menegangkan Kulit Muka Pilihan 1: Sebiji timun disagat atau dihancurkan terlebih dahulu. Kemudian dicampurkan dengan tepung ubi kayu serta s…
  • Petua lelaki Untuk Menguatkan Zakar a. Sediakan segelas susu lembu dan dicampur isi jagung 3 kali sehari atau lebih.b. Sediakan segelas susu lembu dan bu…
  • Petua Untuk Mengasihi Suami 1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. P…
  • Petua Untuk Kelihatan Muda 1. Minum banyak air. Elakkan atau kurangkan minuman bergas atau air berperisa seperti kopi dan teh. Amalkan meminum a…
  • Petua Untuk Cepat Kurus 1. Senaman - Paling berkesan melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, s…
0 Komentar untuk "Petua Untuk Menyayangi Seseorang"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By Catatan Info