XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

6 Jenis Dosa Yang Allah Tidak Ampunkan Kecuali…


1.  Makan harta anak yatim secara haram.
Bab memakan harta anak yatim atau mengambil hak-hak anak-anak yatim sangatlah besar dosanya.  Bagi si pelaku yang telah memakan harta anak yatim akan terhapus dosanya jika si pemakan harta anak yatim  membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut.
Hanya sekiranya anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah si pelaku boleh bertaubat kepada Allah SWT.  Seandainya anak  yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka  dosanya tidak akan terhapus.

2. Menuduh wanita solehah melakukan zina.
Seterusnya, bagi orang yang menuduh wanita solehah melakukan perzinaan, maka hendaklah dia memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. Sebaliknya, jika wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allaah SWT .

3.  Lari dari medan jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki syurga Allah, dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan jihad sangat besar sehinggalah Rasulullah SAW terpaksa menunggu arahan Allah SWT untuk mengampunkan kesalahan tersebut.

4.  Melakukan sihir.
Bagi orang-orang yang melakukan perbuatan sihir,  tidak akan diampunkan dosanya oleh Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah syahadah.

5.  Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat, percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari  maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua kalimah syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT  menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakanNya.

6.  Membunuh para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
Dosa yang keenam ini pula bagi mereka yang membunuh para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka kelak. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan negara Islam di Madinah.
0 Komentar untuk "6 Jenis Dosa Yang Allah Tidak Ampunkan Kecuali…"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info