XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Petua Untuk Elak Pergaduhan Di Antara Suami Isteri

1. Jangan Merajuk - sebaik baiknya apabila bergaduh, jangan suka merajuk. Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah sebaliknya membuatkan masalah anda menjadi lebih buruk apabila si suami tidak peduli dengan rajukan anda.

2. Jangan Menghukum - Menghukum tidak akan menyelesaikan masalah dan tidak langsung menolong proses berdamai malah hanya akan mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Jadi kalau benar masih ada niat berdamai, jangan terlalu menghukum.

3. Jangan Mencari Salah - Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian mendapati wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan. Adalah lebih baik apabila anda mengambil masa dan meneliti kekurangan diri terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada pasangan anda.

4. Mulakan Pendamaian - Sekiranya anda benar benar mahukan perdamaian, ambil langkah pertama untuk berdamai. Andai kata pasangan anda itu menolak usaha anda kerana dia memang tidak mahu berdamai, itu tidak menjadi isu besar. Sekurang- kurangnya anda telah berusaha untuk berdamai.

Related Post

  • Hilangkan Jerawat 1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih. 2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang tebal di wajah …
  • Khasiat Air Kelapa Muda Menghilangkan Jerawat Siapkan 1 gelas air kelapa campur dengan 25 gram pasta kunyit, biarkan semalam. Keesokan hari…
  • Masalah Wanita Tumbuh Janggut atau Misai Masalah ini timbul kerana wanita itu kemungkinan besar mempunyai hormon lelaki yang berlebihan pada tubuhnya. Soal…
  • Berdoa Dengan Penuh Keyakinan Hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan bahawa doa itu akan dikabulkan. Jangan ada rasa ragu, syak dan waham (wasw…
  • Khasiat Bunga Cempaka Wanita Selepas Bersalin Ambil beberapa helai daun pokok cempaka kuning. Lap atau bersihkannya terlebih dahulu. Ke…
0 Komentar untuk "Petua Untuk Elak Pergaduhan Di Antara Suami Isteri"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By Catatan Info