XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Menjadi Suami Terbaik


1. Ringan Tulang - Jangan jadi tuan di rumah dengan memerhatikan sahaja isteri melakukan semua kerja rumah. Sesekali, ringankan tulang membantu isteri menyiapkan meja makan.

2. Ambil Hati Isteri - Beri kata pujian terutama apabila masakan pilihannya memang enak. Jangan diperbesarkan hal yang kecil sedangkan ia boleh diselesaikan sendiri oleh si suami. Contohnya, masakan kurang garam atau minuman tawar. Jangan terlalu manjakan diri kerana isteri bukannya orang gaji.

3. Uruskan Anak-Anak - Jika terlihat isteri terlalu sibuk dengan urusan lain, uruskan hal anak-anak seperti menukarkan lampin atau menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Layan kerenah anak supaya mereka tidak mengganggu ibunya yang sibuk di dapur.

4. Tunjukkan Kasih Sayang - Jika isteri anda bekerja seharian dan kemudian melakukan kerja di rumah memang memenatkan. Oleh itu, suami harus faham jika isteri kadang-kadang kurang melayan suami. Apabila lihat isteri keletihan, urutkan badan dan kakinya. Tunjukkan kasih sayang sebagai suami. Sentuhan dan belaian suami mampu menjadi pendorong untuk isteri melakukan kerja rutinnya tanpa keluhan.

5. Sediakan Pembantu Rumah - Kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah, menyapu sampah, menyusun dan mengatur bukanlah tugas isteri. Justeru jika berkemampuan, sediakan pembantu rumah untuknya. Sekurang-kurangnya, isteri tidak terlalu penat hingga tiada masa untuk suami dan anak.

6. Doakan Kebaikan Untuk Isteri - Ambil kesempatan untuk mendoakan kebaikan dan kesejahteraan isteri ketika anda solat. Doakan juga supaya isteri diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk dia terus menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai isteri.

Related Post

  • Koleksi Petua Untuk Kurus dan LangsingPetua 1: Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan a…
  • Hidup Tenang dan Bahagia 1. Cinta - Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita ter…
  • Petua Sebelum Tidur 1. Jangan tidur bersama jam tangan - Jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banya…
  • Memahami Hati WANITA 1. Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membangkitkan perasaannya. 2. Mudah jemu dan perlukan s…
  • Petua Untuk Mengikis Tabiat Buruk Tanpa disedari setiap daripada kita mempunyai tabiat buruk yang sukar untuk diubah. Berbicara mengenainya, sebenarny…
0 Komentar untuk "Menjadi Suami Terbaik"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By Catatan Info