disesakkan dengan satu lagi cinta? Lebih-lebih lagi ditujukan bagi adik-adik yang masih belajar di peringkat sekolah dan yang baharu melangkah ke IPT. Rumah tanga tidak akan bahagia jika hanya ada cinta sahaja. Tuntutlah ilmu-ilmu berkaitan terlebih dahulu dan dalami ilmu agama. Belajar memikul tanggungjawab dengan melakukan tugasan rumah.
2. Menjaga pandangan mata anda. Hal ini telah disebutkan Allah di dalam Al-Quran didalam surah an-nur. “ Dan katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menjaga pandangannya… Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya ( An-Nur :30 dan 31)
Pandangan mata seharusnya bukan sahaja dijaga di alam realiti walhal di alam maya sekalipun. Seorang mukmin tidak sewenang-wenangnya melihat-melihat gambar yang berlainan jantina sesuka hatinya sehingga mampu merosakkan hati. Bukanlah bermakna, apabila sudah bersedia untuk berumah tangga, maka pandangan mata tidak perlu lagi dijaga. Tetapi menjaga pandangan mata adalah lebih kepada usaha untuk menjaga hati dan diri daripada terjebak kepada perkara-perkara yang tidak diredhai Allah. Bak kata orang tua-tua, dari mata jatuh ke hati.
3. Pelajari ilmu cinta dahulu. Ada orang yang ingin bercinta,tetapi tiada ilmu tentang cinta. Maka pelajarilah ia dahulu. Belajarlah untuk mencintai Allah terlebih dahulu, maka suatu hari nanti akan Allah kurniakan seseorang yang mencintaiNya untuk mencintai kita hanya keranaNya.

0 Komentar untuk "Petua Remaja Untuk Tidak Mudah Jatuh Cinta"