XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Menjaga Kesihatan Mata


1. Setiap kali mandi atau berwudhu, pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ini, tetapi setelah mengamalkannya beberapa lama, setakat ini mata tidak mudah rabun (melainkan berpenyakit),  biarpun berjam-jam di depan komputer.
2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dengan kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas itu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali.
3. Amalkan senaman untuk mata anda.


#ChurpChurp's top 30 influencers brought home a total of over RM120K the past year! Join them!

Caranya:
a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya. Selepas itu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali.
b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dan sebagainya. Sesungguhnya warna hijau itu menenangkan dan merehatkan mata anda.
4. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C – susu, sayur (terutama carrot dan broccoli) dan buah-buahan (terutama aprikot dan anggur) dan sebagainya.

AdpokatAdpokat (Avocado dlm bahasa Inggeris) merupakan salah satu dari makanan yang padat nutrisi. Kerana itu, tidak hairanlah kalau makanan ini baik untuk mata. Adpokat mengandungi lebih banyak lutein dibandingkan dengan buah-buahan lain. Zat ini sangat penting untuk mencegah degenerasi macular dan katarak. Selain itu, buah ini juga merupakan sumber yang kaya akan nutrisi yang penting untuk mata seperti vitamin A, vitamin C, vitamin B6, dan vitamin E.

Karot (Lobak Merah) Karot atau lobak merah sudah lama dikenalpasti sebagai makanan yang baik untuk mata. Ini kerana karot adalah makanan yang kaya dengan beta karotin. Beta karotin akan diubah oleh tubuh menjadi vitamin A. Tentunya Anda sudah tahu kalau vitamin satu ini, berperanan penting dalam proses bioelektrik di mata. Selain itu, juga boleh membantu tubuh melepaskan bahan radikal bebas.

Brokoli Brokoli kaya dengan vitamin C, kalsium, lutein, zeaxanthin, dan sulforaphane.

Telur Telur kaya akan nutrisi mata seperti vitamin A, zinc, lutein, lecithin, B12, vitamin D, dan cysteine.

Bayam Bayam merupakan sumber lain yang kaya vitamin A. Bayam juga mengandung nutrisi yang baik untuk mata seperti lutein dan zeaxathin.

Kobis Sama seperti bayam, kobis juga kaya akan vitamin A, lutein, dan zeaxathin.

Tomato Tomato kaya dengan vitamin C dan lycopene, dua nutrisi yang sangat penting untuk mata.


Biji bunga matahari Biji bunga matahari mengandungi selenium, nutrisi yang boleh mencegah katarak dan juga menjaga kesihatan mata secara umum.


Bawang putih Bawang putih mengandung selenium dan nutrisi yang baik untuk mata seperti vitamin C dan quercetin.

Salmon Salmon kaya akan omega-3 yang sangat penting untuk menjaga kesihatan mata secara umum. Salmon juga mengandungi asid folik, vitamin D, vitamin B6, vitamin B12, dan vitamin A.
0 Komentar untuk "Menjaga Kesihatan Mata"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info