XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Cara Mengguna Tuala Wanita

1. Tuala Wanita - Tuala wanita merupakan tuala kapas yang leper. Ia mempunyai pelekat di bawahnya agar ia boleh dipakai bila-bila masa dengan melekatkannya pada seluar dalam anda. Ia berbeza dari segi ketebalan. Ada yang datang dengan sayap untuk melindungi seluar dalam anda daripada kebocoran. Jenis lain pula mungkin lebih panjang berbanding tuala wanita biasa.

Bersihkan bahagian luar faraj anda selepas hadas besar atau kecil. Seelok-eloknya lakukan pembersihan yang maksimum. Gunakan air. Jika tiada air sila guna alternatif lain yang bertujuan beristinjak. Jika menggunakan biji- biji batu yang berbucu tiga atau lebih itu hendaklah berhati-hati untuk memastikan kesejahteraan faraj anda dari sebarang 'kecelakaan'.

2. Tampon - Kebanyakan tampon diperbuat daripada kapas sama seperti tuala wanita. Kapas itu digulungkan sehingga ia menjadi tiub nipis. Berbeza dengan tuala wanita, tampon dimasukkan ke dalam rahim semasa haid anda banyak atau biasa. Ia mungkin agak sukar untuk pengguna kali pertama. Ikut arahan yang tertulis pada pek dan ia mungkin memudahkan anda. Jika anda menggunakan tampon ketika datang haid, jangan lupa untuk menukarnya selalu. Ini kerana, sifatnya agak berbeza dari jenis tuala wanita biasa yang bersifat 'adhesive' dan hanya dilekatkan di atas permukaan panties. Tidak kira samada anda guna tuala wanita biasa atau tampon, anda dinasihatkan kerap menukarnya untuk mengelakkan daripada menjangkiti bakteria.

3. Douching - Elakkan daripada sering mengamalkan douching iaitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj anda dengan tujuan membersihkan bahagian dalamnya. Ini untuk mengelak jangkitan bakteria lactobacillus . Ia berperanan mengekalkan keasidan pH.

4. Jangan menyabun atau menyapu shower gel pada faraj anda kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Ada sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun. Shower gel untuk badan, kealkaliannya tidak sesuai untuk faraj yang bersifat asidik.
0 Komentar untuk "Cara Mengguna Tuala Wanita"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info