XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Petua Untuk Kecantikan Wanita

Garam mandi bermanfaat untuk kecantikan dan kesihatan tubuh secara keseluruhan. Garam mandian umunya mengandungi 10 kali lebih konsentrasi mineral dibandingkan dengan garam biasa. Berendam dalam garam boleh membantu tubuh memperbaharui kandungan mineral dalam tubuh, menjaga metabolisme sel kulit, dan membuat anda terasa relaks.

Pilihan 1: Campurkan 1/2 sudu teh garam ke dalam segelas air mineral. Gunakan untuk membasuh mata yang keletihan.

Pilihan 2: Campurkan garam dengan baking soda dalam jumlah yang sama banyak. Ia berguna sebagai pencuci mulut (berkumur) untuk kesegaran nafas.

Pilihan 3: Campurkan satu sudu garam dengan air panas untuk merendam kapas. Gunakan kapas untuk menjaram bahagian mata yang bengkak/sembap.

Pilihan 4: Rendam kaki yang keletihan dengan campuran air suam panas dengan segenggam garam. Basuh dengan air sejuk. Kaki akan terasa segar semula.

Pilihan 5: Masih dalam keadaan basah selepas mandi, urutkan tubuh, kaki dan tangan dengan garam. Hasilnya sel-sel mati akan terkeluar dan pusingan sel kulit akan meningkat

Pilihan 6: Campurkan garam secukupnya dengan minyak zaitun. Dengan cara yang lembut dan perlahan dengan tarikan arah atas, urutkan campuran tersebut ke wajah dan leher. Biarkan 15 minit, kemudian cuci. Facial ringkas ini akan menyegarkan tubuh.

Related Post

  • Petua Sakit Kepala Sakit kepala biasanya berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf. Sel-sel saraf terdapat di seluruh badan. Apabila …
  • Menghilangkan Bekas Jerawat Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan a…
  • Petua Untuk Kecantikan Wanita Garam mandi bermanfaat untuk kecantikan dan kesihatan tubuh secara keseluruhan. Garam mandian umunya mengandungi 10 ka…
  • Petua Untuk Mencantikkan Perut Penampilan seseorang wanita akan kelihatan menawan jika mempunyai perut yang kempis. Perut yang kempis akan menampak…
  • Sentiasa Ceria dan Bahagia 1. Jangan Takut dan Khuatir - Perasaan takut dan khuatir merupakan fikiran kita yang paling tidak produktif. Sebahagia…
0 Komentar untuk "Petua Untuk Kecantikan Wanita"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By Catatan Info