XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Petua Sakit Kepala

Sakit kepala biasanya berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf. Sel-sel saraf terdapat di seluruh badan. Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak.

Punca Dari Pakaian - Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan
ii.Punca Dari Cahaya - Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang

Punca Dari Mata - Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala

Punca Dari Penyakit - Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.

Punca Dari Kepala - Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala

Ubat Sakit Kepala

Pilihan1: Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening mata anda selepas itu dan akan sembuh segera.

Pilihan 2: Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum.
1 Komentar untuk "Petua Sakit Kepala"

Minta saudara buat satu rencana berkaitan penyakit moden yang berpunca dari kekerapan menggunakan komputer dan handphone.. contoh saya mengidap darah tinggi yang berpunca dari radang saraf mata akibat dari tugas saya berkaitan dengan penggunaan komputer.. sedangkan kadar kolestrol dlm darah saya normal,jantung, hati, buah pinggang, kadar gula adalah normal..

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info