- Jangan membongkok atau tunduk ketika duduk, berdiri atau berjalan. Pastikan belakang tegak mendagu sentiasa.
- Jaga pemakanan supaya tidak berlebihan. Orang gemuk lebih mudah mendapat dagu berlapis.
- Urut dagu menggunakan pergerakan dari bawah ke atas. Urutan boleh membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah.
- Lakukan senaman dagu dan leher bila ada waktu yang terluang. Waktu yang terbaik ialah pagi sebaik bangun dari tidur, malam ketika menonton tv atau ketika di pejabat.
Senaman Dagu
- Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Menggunakan belakang telapak tangan, lakukan pergerakan menyepak bergilir-gilir dengan tangan kiri dan kanan. Lakukan sebanyak 50 kali.
- Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Jelirkan lidah sepanjang yang boleh. Ulangi sebanyak 11 kali. Pasti anda akan alami kesannya kerana otot di bahagian leher akan berasa tegang dan ketat.
- Menggunakan otot muka dan leher, cuba angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh yang boleh. Ulangi sebanyak 11 kali.
0 Komentar untuk "Mengurangkan Dagu Berlapis"