1. Untuk mengalakkan kita rasa lapar dan dapat mengekalkan rasa kenyang yang berpanjangan walaupun anda mengambil makanan yang sedikit, anda boleh panjangkan masa makan anda. Iaitu anda boleh makan dan mengunyah dengan perlahan sambil menikmati makanan anda. ini akan membuat anda rasa lebih kenyang.
2. Minum air kosong dengan banyak amat penting untuk meningkatkan metabolisma dalam badan anda. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, tetapi sebaiknya minum lebih. Metabolisma amat penting dalam proses penurunan berat badan. Air kosong tidak mempunyai kalori, pengambilan yang banyak pun tidak kan menjejaskan berat badan. Salah satu cara untuk menurunkan berat badan dengan air ialah dengan meminum segelas besar air ais (kosong) sebelum makan untuk mengecilkan perut anda agar dapat kenyang cepat.
3. Untuk menurunkan berat badan anda perlu ada keyakinan diri yang tinggi. Bukan mudah untuk kita mengubah rutin harian kita. Kita mesti yakin yang kita mampu dan kita mesti tanamkan keazaman serta matlamat kenapa hendak kurus. Pastikan anda mempunyai diari anda sendiri.
4. Apabila kita dalam program diet rendah lemak atau bebas lemak, sudah tentu kita akan mengurangkan banyak perasa di dalam makanan kita. Anda digalakkan menggunakan herba dan rempah ratus. Sebagai contoh cuka, bawang, serbuk cili, serbuk kari, lada hitam atau apa sahaja rempah. Selain rasanya ia juga dapat meningkatkan metabolisma.
5. Makanan yang pedas dapat meningkatkan metabolisma anda. Tetapi jangan terlalu berlebihan kerana akan memudaratkan kesihatan anda.
6. Apabila anda ingin menurunkan berat badan, jauhkan rasa tertekan kerana dengan rasa tertekan berat badan anda sukar untuk turun.
7. Minuman berkafein dilarang sama sekali jika anda sedang berdiet. Ini kerana, kafein meningkatkan insulin di dalam badan anda dan menghentikan proses pembakaran lemak di dalam badan. Jika anda menghentikan pengambilan minuman berkafein sebanyak 50%, anda boleh lihat sendiri kesannya.
8. Makanlah makanan yang mempunyai serat yang tinggi kerana ia membantu untuk anda rasa kenyang lebih cepat.
9. Senaman adalah antara aktiviti yang boleh meningkatkan metabolisma dan juga membakar lemak dengan cepat, sekurang-kurangnya 30 minit tanpa henti. Senaman yang paling bagus adalah ketika perut kosong iaitu selepas 2 jam makan. Senaman yang paling efektif adalah sebelum makan malam iaitu pada waktu petang, dan waktu pagi sebelum sarapan. Tetapi sebelum senaman, anda mesti makan sedikit untuk mengaktifkan metabolisma. Kajian menunjukkan metabolisma kita akan menurun 8 jam selepas kita bangun tidur. Senaman selama 30 minit sebelum makan malam bukan sahaja membakar lemak, malah mampu meningkatkan metabolisma selama lebih 2 atau 3 jam lagi. Ia mampu membakar lemak anda walaupun anda berhenti bersenam.
10. Untuk menurunkan berat badan dengan cepat jangan tinggalkan waktu makan. Sarapan pagi penting untuk “mengejutkan” metabolisma anda dari tidur. Metabolisma anda akan perlahan selepas 8 jam. Untuk mengejutkan balik, anda hendaklah makan. Tetapi makanan yang betul amat penting iaitu makanan yang sihat dan tidak berlemak. Ia mampu mengaktifkan metabolisma anda. Jangan membazirkan masa anda dengan tidak makan, “kerana anda tidak akan mengejutkan metabolisma anda dari tidur.
0 Komentar untuk "Petua Untuk Mempunyai Badan Menarik"