XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Penjagaan Ketiak


1 . Sewaktu mandi, pastikan air anda membersihkan bahagian bawah lengan atau ketiak  anda dengan membilasnya dengan air bersih terutamanya setelah berpeluh. Kemudian, pastikan bahagian tersebut dikeringkan menggunakan tuala dengan sempurna.

2. Pastikan anda selalu trim rerambut halus di bahagian ketiak anda. Ini kerana rerambut yang dibiarkan panjang dan tidak diuruskan dengan baik akan mudah mendatangkan bau busuk pada tubuh.

3. Elakkan dari memakai pakaian yang ketat di bahagian ketiak. Ia akan dapat mencegah kulit di bahagian ketiak mendapat ruang udara yang secukupnya. Jika tidak, kulit akan berpeluh secara berlebihan dan mampu mendatangkan bau busuk pada tubuh.

4. Jangan sesekali menyembur wangian secara terus ke bahagian ketiak anda. Memang ia akan berbau harum tetapi itu hanyalah seketika. Kesannya bau harum tersebut akan menjadi sebaliknya apabila sudah berpeluh nanti. Kebanyakkan wangian juga mengandungi 'metallic salts' yang menjadi punca kepada perubahan warna kulit di bawah lengan.

5. Pilihlah pakaian yang longgar dan utamakan fabrik kapas sewaktu cuaca panas bagi memberikan ruang pengudaraan yang lebih baik untuk kulit anda.

6. Anda juga boleh menggunakan bedak antibakteria untuk disapu di bahagian ketiak setelah mandi. Ia dapat membantu mengurangkan kesan peluh.

Related Post

  • Petua Untuk Anak Cepat Bercakap 1. Anda perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika merek…
  • DOA Penyeri Muka 1. Jika anda inginkan muka berseri perlulah membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik-baiknya selepas solat) Maksudnya: (in…
  • Memujuk Hati WANITA Wanita mempunyai perangai unik di dalam perhubungan iaitu gemar merajuk dan ‘membuat perangai’. Sikap ini bukan sa…
  • Menghindari Rambut Kering dan Gugur                   Penjagaan: 1. Penjagaan pemakanan perlu diambil kir…
  • Khasiat Tidur Untuk Awet Muda Kulit Semasa tidur, tubuh menghasilkan hormon pertumbuhan manusia (human growth hormone/HGH) dan melatonin. Fungsi …
0 Komentar untuk "Penjagaan Ketiak"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By Catatan Info