XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Petua Untuk Tidur Lena




Masalah susah tidur ini merupakan suatu fenomena yang tidak asing lagi bagi masyarakat kita. Dan ini sebenarnya menjadi salah satu sebab utama faktor kemurungan dan keletihan pada keesokan harinya.
  1. Langkah pertama ialah amalkanlah untuk keluar menikmati cahaya matahari di awal pagi. Ini dapat membantu menyelaraskan kembali sistem badan anda dan seterusnya membolehkan anda tidur lena pada waktu malam.
  2. Elakkan juga daripada mendapat cahaya yang terang terutamanya pada waktu malam. Ini kerana cahaya terang boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin.
  3. Cubalah dapatkan suasana yang baik dan kondusif untuk tidur. Tidak semestinya mewah, tetapi cukup andai ianya membuatkan anda berasa selesa. Pastikan bilik tidur anda berada pada keadaan nyaman dan sejuk. Elakkan juga daripada dimasuki terlalu banyak cahaya.
  4. Cuba elakkan daripada berpeluh sebelum tidur. Jika cuaca agak panas, jangan bersenam selepas pukul enam petang kerana ini boleh menaikkan lagi suhu badan anda.
  5. Cahaya biru daripada skrin komputer atau telefon bimbit boleh menurunkan paras melatonin dan menyebabkan anda semakin sukar untuk tidur. Justeru, elakkan daripada melayari komputer terlalu kerap khususnya beberapa minit sebelum tidur.
  6. Langkah yang terakhir ialah kurangkan pengambilan kafein seperti minuman ringan, kopi, coklat, teh dan sebagainya. Kalau boleh, elakkan sama sekali selepas waktu tengahari.

PETUA:
1. Jangan makan makanan berat pada waktu malam. Minum susu dan lakukan senaman ringan sebelum tidur.
2. Jangan menonton tayangan filem seram atau filem hantu sebelum tidur
3. Katil dan tilam anda mesti selesa
4. Anda perlu disiplinkan diri untuk menentukan waktu tidur dan bangun yang teratur
5. Jika anda susah tidur,  bangun dan lakukan beberapa aktiviti ringan
6.  Bangun pada waktu yang sama setiap hari tanpa mengira jumlah jam anda tidur
7.  Jangan minum kopi atau teh sebelum tidur
8. Jangan biarkan otak anda berkecamuk dengan pelbagai masalah sebelum tidur
9.  Jangan fikirkan hal-hal  pejabat, bisnes, cinta dan bajet yang mungkin merunsingkan


Related Post

  • Menjaga Kesihatan Tenaga Batin Lelaki Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta merta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang tel…
  • Pemakanan Untuk Pesakit Kencing Manis Penyakit ini merupakan penyakit yang perlu dikawal dengan sebaik-baiknya. Selain daripada ubatan herba seperti plantis…
  • Elak Pergaduhan Rumahtangga 1. Jangan Merajuk - sebaik baiknya apabila bergaduh, jangan suka merajuk. Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tu…
  • Hidup Ceria dan Bahagia Setiap manusia tidak dilahirkan untuk berdukacita, sengsara dan derita. kebahagiaan sebenarnya milik kita semua. Dan b…
  • Khasiat Sengkuang Cina  1. Sengkuang Cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan…
0 Komentar untuk "Petua Untuk Tidur Lena"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By Catatan Info