XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Petua Untuk Kulit Muka Lembut dan Cerah


Pilihan 1: Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkannya setiap malam.

Pilihan 2: Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan ia kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.

Pilihan 3: Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan 3 kali seminggu.

Pilihan 4: Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tersebut pada seluruh muka anda. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.

Pilihan 5: Parut 1 biji kentang. Perahkan airnya dan sapukan pada muka anda. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.

Pilihan 6: Kisar 5 kuntum bunga cempaka dan 5 kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka anda setiap malam.

Pilihan 7: Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Amalkannya setiap hari.

Related Post

  • Khasiat Air Kelapa Muda Menghilangkan Jerawat Siapkan 1 gelas air kelapa campur dengan 25 gram pasta kunyit, biarkan semalam. Keesokan hari…
  • Masalah Wanita Tumbuh Janggut atau Misai Masalah ini timbul kerana wanita itu kemungkinan besar mempunyai hormon lelaki yang berlebihan pada tubuhnya. Soal…
  • Hilangkan Jerawat 1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih. 2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang tebal di wajah …
  • Khasiat Bunga Cempaka Wanita Selepas Bersalin Ambil beberapa helai daun pokok cempaka kuning. Lap atau bersihkannya terlebih dahulu. Ke…
  • Berdoa Dengan Penuh Keyakinan Hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan bahawa doa itu akan dikabulkan. Jangan ada rasa ragu, syak dan waham (wasw…
0 Komentar untuk "Petua Untuk Kulit Muka Lembut dan Cerah"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By Catatan Info