XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Khasiat Bunga Cempaka



Wanita Selepas Bersalin
Ambil beberapa helai daun pokok cempaka kuning. Lap atau bersihkannya terlebih dahulu. Kemudian, rebuslah daun itu sehingga mendidih.  Seleepas mendidih, biarkan air rebusan itu agak suam kuku. Kemudian barulah anda meminumnya.

Kencing Tak Lawas
Sediakan beberapa kuntum bunga cempaka kuning dan bersihkannya.  Rebus kesemua bunga tersebut sampai mendidih.  Apabila air rebusan sudah mendidih, biarkannya sehingga agak suam kuku. Kemudian, barulah anda meminumnya.

Demam Selsema
Dapatkan bahagian akar pokok cempaka kuning dan bersihkannya terlebih dahulu. Kemudian, pecah-pecahkan akar tersebut.  Seterusnya, rebus akar tersebut sampai mendidih. Setelah ia mendidih, biarkan air rebusan akar itu suam. Kemudian, minum secara perlahan-lahan.
1 Komentar untuk "Khasiat Bunga Cempaka"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info