XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Rahsia Punggung dan Peha


Punggung dan peha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan. Terdapat 5 bentuk punggung dan peha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda punya?
                                                   
1. Seimbang
Peha dan punggung anda seimbang. Tidak terlalu besar. Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat. Tidak terlalu rata. Anda seorang yang tenang dan pemurah. Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang.  Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.
2. Bulat
Jika punggung anda bulat, anda adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik, periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosial dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik mahupun yang buruk.
3. Tinggi
Jika punggung anda tinggi ke atas, anda mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negatif daripada orang lain. Hati anda tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok. Anda suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran.Ini  menyebabkan anda sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.
4. Besar
Jika punggung anda besar dan paha besar, anda seorang yang romantik. Subur. Sihat. Penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria, pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Bagi anda tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.
5. Rata
Jika punggung anda rata atau hampir samarata dengan badan, anda lurus, bijak dan terlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Sebagai wanita,, anda tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

Related Post

  • Mengurangkan Selera Makan 1. Makan secara perlahan. 2. Makan hidangan yang kecil dan menggunakan pinggan yang kecil. Ini akan membuatkan maka…
  • Tampil Cantik dan Bertenaga Duduk Secara Betul - Duduk dengan cara yang betul memberikan bentuk badan yang menarik dan menggambarkan bahawa…
  • Cara Menghilangkan Tahi Lalat Pilihan 1: Ambil 2 ubi lengkuas sebesar ibu jari, tumbuk hingga halus. Tambahkan satu sudu makan cuka. Sapukan …
  • Hilangkan Parut Badan Petua 1: Ambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut …
  • Mengubati Mulut Celupar 1. Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengu…
0 Komentar untuk "Rahsia Punggung dan Peha"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By Catatan Info